Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year 2010.

Tahun Baru 2010 dah nak tiba.

Harap-harap hidup aku akan jadi lebih baik...semoga rezeki lebih bertambah..semoga dipanjangkan umur..dan bahagia sentiasa....begitew juga aku nak ucapkan untuk uollss..semoga uolss bahagia sentiasa ok...


Tahun baru nie jangan galak-galak sangat.

Sambutan tahun baru zaman sekarang budak-budak celebrate ngan alkohol, joget-joget, shuffle-shuffle, romen-romen.

Astaghfirullah hal azimmm....~

SELAMAT TAHUN BARU DAN...

SELAMAT JAGA DARA UOLLSS...

Semoga Tahun Baru 2010 membawa keberkatan pada family,kawan-kawan, officemate dan seluruh umat manusia di muka bumi ini. Itu Doa aku untuk Tahun 2010.





Ummi: Allah tidak suka umatnya melakukan kemungkaran ya Muhammad Adiff. Jikalau Muhammad Adiff melanggar perintah Tuhan, Muhamad Adif tidak akan mendapat keberkatan dari Allah SWT, kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun. K.E.B.E.R.K.A.T.A.N. Alhamdulilah...~






Muhammad Adiff : Alhamdulillah...~

Saturday, December 26, 2009

KADANG-KADANG BENDA2 KECIK PUN BOLEH BUAT AKU EMO.




Tak payah amik magnifier/teropong/mikroskop atau menekap muke uollss depan2 skrin monitor untuk tengok ape hamjadahnya semua ini.



Ya, mata uollss tidak berbohong disittew.



Tidaks uollss..tidaksss....



Sejenis apakah aku pun enggak ketahu'in telah mengajak aku ke bengkel sulaman manik.



DIULANGI.



BENGKEL SULAMAN MANIK OK.



Aku menanges sampai pengsan2 uollsss. Oh! Huhuhuu..

Tuesday, December 8, 2009

AKU SKANDAL.

Pagi tadi mase aku tengah drive pi keje sambil dengar Hotfm tibe2 jek aku jadi menyirap.



Topik Hotfm pagi nie pasal "Skandal".



Aku tak tau la pulak kisah2 pendengar yang call since kul 6 pg tadi ke apa sebab aku start pasang radio kul 8.30 pagi. Tu kira standard time aku driving nak pi tempat keje aku lah masa tu.



Tiba-tiba ada satu pemanggil pompuan yang call Hotfm nk cerita pasal skandal yg pernah berlaku dalam hidup dia. Pagi tadi Kiran dengan AJ yg bertugas so Kiran pon tanyalah minah tu ngan siapa dia berskandal.





Minah tu kata dia berskandal ngan bos dia.

Bos dia tu dah berkahwin.

And bos dia tu pulak ada anak sulung yang sama umur ngan minah yang call tu.



Kiran tanyalah, "Adakah kerana bos awak tu kaya awak jatuh cinta dengan dia?"



Minah tu kata bukan.



Sebab semua ni memang berlaku tanpa dijangka. Sudah jatuh cinta. Tak boleh nak buat apa.



Dia jatuh cinta sebab bos dia punyai ciri-ciri yang dapat membimbing dia dalam segi agama.



Dia sanggup bermadu jika pihak sebelah sana (Bini bos) merestui hubungan mereka.



Sebab katanya, dalam agama berpoligami adalah sesuatu yang biasa.



Minah tu kata dia sudah sedaya upaya melupakan hubungan ni tapi tak berupaya.





Aku yang dalam kereta lak nak kata,


ALL THOSE CRAPS, IS JUST FUCKING BULL SHIT.



Aku tau korang akan kata aku cakap takbur.



Korang akan kata aku tak penah rasa apa yang minah ni rasa.



Korang akan kata nie semua kerja Tuhan. Siapakah aku untuk melawan takdir Tuhan jatuhkan.



Korang akan kata aku senang je nak maki orang tapi bila sendiri kena baru padan muka.





BETUL. TAPI TAK BERAPA TEPAT.





Aku tahu bagaimana situasi ni boleh berlaku dan aku tahu all those craps statements tentang TAKDIR.



TOLONGLAH. JANGAN MELETAKKAN KESALAHAN ATAU DOSA KAU DIBAHU ALLAH.



Semua kesalahan dan kesilapan kau, kau salahkan takdir Allah. Cinta kau yang kau anggap agung itu kau kata adalah tersurat yang Allah telah tentukan.



Kau tahu tak cinta yang kau agungkan tu menyedihkan pihak lain (Isteri & anak2 bos kau) ? Kau tahu tak yang cinta agung kau tu menyusahkan pihak lain (ibubapa, keluarga kau & keluarga belah isteri bos kau)? Kau tahu tak cinta agung kau tu menimbulkan kebencian sekeliling (rakan sekerja, saudara mara, masyarakat)?



Dan kau kata itu semua kerja Tuhan? Kerja Allah?



Allah bagi kau & sekeliling kesedihan? Allah bagi kau & sekeliling kesusahan? Allah bagi kau & sekeliling kebencian? KAU SALAHKAN ALLAH????



Kalau kau seorang Islam. kau patut & mesti percaya bahawa Allah nak bagi kau yang terbaik untuk semua. Allah nak bagi kebahagiaan untuk semua.



Adakah kau percaya ALLAH menyakiti hati isteri bos sbb nak bagi kau bahagia? Allah bagi anak2 bos menderita sebab nak bagi kau bahagia? Dalam banyak2 lelaki bujang yang baik diluar sana tapi tetap nak bagi kau lelaki yang tak guna yang sudah beberapa tahun berkahwin, anak yang sebaya kau (kalaula umo kau 20, kau bayangkan dah 20 tahun bos kau dah berkawin) dan kau anggap semua tu ALLAH YANG TULIS??



Kau silap bai. Kesalahan tu kau yang cipta. Dosa kau tu kau yang mahu. Tapi kau nak selamat, kau degil nak ikut jugak KATA HATI kau (yakni bukan KATA Allah). Kau mengungkapkan kata-kata keramat, SEMUA NI TAKDIR. SIAPALAH SAYA UNTUK MELAWAN. ALLAH YG MENENTUKAN.

Nampak tak deep bull shits disitu?

Aku penah lalui situasi macam minah tu.

Lelaki yang sudah berkahwin. Anak berderet2. Main permainan perasaan menggunakan ilmu agama. Main kayu tiga. (kau bayangkan Akhil Hayy sudah. Kes yang sangat memenuhi pakej)


Sudahlah minah perasan. Semua nie bermula dari kau jugak. Jangan kata semua salah lelaki itu. It takes two to tango. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi bai. Mengakulah yang kau memang nak relationship tu terjadi. Dan kau fikir kalau terjadi poligami tu kau akan dapat kasih sayang 90% dan isteri bos kau tu 10% kan?

LAYAK KE KAU DAPAT BAHAGIA? PART MANA DALAM KEHIDUPAN KAU YANG RASA ALLAH LAYAK BAGI KAU HABUAN BAHAGIA DENGAN MENGHANCURKAN KEHIDUPAN ORANG LAIN?

SELFISH!

"Watch your thoughts; they become words..

Watch your words; they become actions.

Watch your actions; they become habits.

Watch your habits; they become character;

Watch your character; it becomes your destiny."


Adakah TAKDIR kau berdasarkan KARAKTER DIRI KAU?

Lu fikirlah sendiri.

Monday, November 30, 2009

Kerana Aku Tak Pernah Lupa.

Demi Tuhan,

Dengan mu sedikit pun aku tidak mahu bertemu kembali,

Berdoa agar tidak dipertemukan langsung dalam apa cara sekali,

Tidak mahu tahu apa yang berlaku dalam hidupmu mahupun mati,

Walau dalam mimpi pun sungguh aku tidak sudi,

Kerana kini, tentangmu, hati aku sudah mati.





Tidak mahu mengingatimu bukan bermakna aku akan lupa,

Tidak mungkin.

Tidak mungkin aku melupakan seorang PEMBUNUH.


Kau kini mungkin bahagia.

Dan aku pula pasti akan sembuh.

Tapi sayangnya, kemaafan dariku,

Tidak mungkin kau akan perolehi.



Tidak Mungkin.


Itu adalah paling pasti.




Get out of my face and please get lost you Fucking Bastards.

Thursday, November 19, 2009

Bad Hair Day.

Day was so gloomy and cloudy. Cold, heavy rain and strong wind. I feel sad and quite depressed now. Wish people be more reasonable and understandable. I didn't do any shit today but some people did that to me. I just have a gloomy day. Hope this feeling go away and enjoy my day when I open my eyes after sleep. Have a good laugh and feel happy. What a gloomy day. Haihh...~

Saturday, October 17, 2009

SUWIIIIT ITU BERASAL DARI SEBUAH RUMAH DI KELANA JAYA.

" Cik Tehhh.. tolong buatkan susu." Rengek anak buah aku Maisarah perlahan.





Aku buat dengar tak dengar sahaja.




"Cik Tehhhh...tolonglah buatkan susu. Plis..plis..plisssss" Maisarah menggoyangkan bahu aku nak tarik perhatian aku.



"Heshh...apa?!" Suara aku meninggi.




"Adik nak susu. Tolonglah buatkan." Suara Maisarah makin perlahan bila aku setat buat muka hangen. Haihh... time aku tengah syok2 layan citer Geng Bas Sekolah, time tulaaa sebok nak soh aku buatkan susu untuk dia pulak.


"Adik niiii...bila nak berenti minum botol susu ni? Taun depan nak naik darjah satu. Jadilaa budak cerdik sikit adik. Takkan la pergi sekolah nanti adik duk asek bawak lagi botol susu kulu kilir. Nanti semua budak2 sekolah ejek adik. Semua kawan adik takmo kawan ngan adik, pastu semua orang ada bf adik je takde. Hah adik nak jadi macam tu? Adik dengar tak apa Cik Teh cakap ni?! Bebel aku sesedap rasa sambil buat susu si Maisarah. Yelaaa..silap besarlaa kalo kaco aku. Nak2 pulak time citer Geng Bas Sekolah. Memang nak kene tiau ngan aku kaw2.



Maisarah angguk2 je. Dalam kepala susu dah memanggil2. Apa Cik Teh dia bebel haram tak masuk otak.





"Cik Tehhhh... Caterpillar tu apa?" Tanya Madiha.


"Ehh..kakak nih. Dictionary kan ada! Ibu beli mahal2 tebal2 tu buat apa? Buat bunuh lipas? kakak kan dah darjah dua. Kata nak dapat nombor satu dalam kelas. Nak study kat oversea. Nak jadi doktor bedah plastik. Pastu dah janji ngan Cik Teh kalo nak buat free plastic surgery banyak kali pun boleh. Apa nak jadik kakak niii?


Wahhh...silap besar-besaran laahh kannn. Kaco pulak time aku baru balik keje dengan muka penat macam mak lampir rambut serabai macam David Arumugam badan kepam macam harammm. kan dah kena ceramah versi halilintar memecah bumi disitu.






"Cik Tehhh... kakak ngan adik ada surpriseeee..."






Haihh...macam dialog dalam rancangan DEKO BERSAMA ERIC la pulak dah. Maklumlah rancangan tv peberet kitorang seisi keluarga katanya.

"Apa dia?" Jawap aku lembut. (Geli pulak lembut2 nih) Mood dah baik sebab baru lepas mandi, solat, dinner. Hihihiiii....


2 beradik tu hulurkan aku 2 keping kad kertas harijadi. Untuk aku.


Untuk aku??



Untuk akuuuuuuu......~ (Aku dah stat EMO~)





Tsskkk....T_T






Kad Kertas Harijadi daripada Kakak Madiha






Kad Kertas Harijadi daripada adik Maisarah



HEY KAKAK. KAU NI SAYANG CIK TEH KE ATAU SIMPAN DENDAM KESUMAT KAT AKU NI? SIAP UGUT BAGAI. TAPI TAKPE KAKAK, JANGANKAN SOH TAMPAL KAT OPIS, CIK TEH TAMPAL KAT FACEBOOK/BLOG LAGI. KAKAK BANGGA TAAAKKK??






AWWWWWW...ADIK SARAH TAU TAK? ADIK SARAH LAH PAAAALINGG CIK TEH SAYANG TAW. SEBAB ADIK PALING MEMAHAMI DIRI CIK TEH YANG SEBENAR-BENARNYA. HIHIHIII......




KAKAK MADIHA & ADIK MAISARAH


Orang kata tak perlu sampai ke ujung dunia nak cari orang yang kita sayang sedangkan orang yang sayang kita cuma dekat sejengkal je di depan mata. =)))))

*Aku tak tau sama ada itu ayat "Orang Kata" atau tiba2 aku pandai buat peribahasa sendiri-sendiri.

Huihhh...hebat betul aku.

AWWWW....SOOOO SUUUUWITTTT. (NANGES X HENTEY-HENTEY UOLLSSSSS.....~)




JAWAPAN.

Kawan aku tanya,



Yunn, kenapa kau selalu rasa berat nak kenal sama lelaki?



Aku jawap,



Sebab patah hati dan jatuh hati getarannya adalah equal.




Satu perit sangat satu teruja sangat. Sampai dua-dua pun sakit dan berbahaya.

Thursday, September 24, 2009

DI SUATU HARI RAYA YANG INDAH.
























Apalah arti Hari Raya tanpa kesedaran untuk membantu menjana ekonomi negara.








Ape pun syok gila shopping kat Mydin. Takde nak berimpit2 ketiak beli ayam.


Highway pun lengang gila.



Actually celebrating 2nd day Eid-ul Fitri in the city is not that bad anyway. =)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA UOLLSSS!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri uollss.

Aku hepi gilaa harini. Sume orang da start balik kampung. Yaaa..wahai orang2 kampung silalah balik ke kampung halaman masing2. Sebab aku nak bersiar2 around PJ & KL dalam erti kata membawa keta dalam kelajuan siput di jalan raya. Lengang uollss. Rasanya kalo nak main badminton pon bole kat federal highway/LDP tu motipnya.

Sume budak2 opis aku tanya nape aku tak amik coti arini. HELLO. Aku takde kampunglahh. Sedih taakkk?? Sampai bos aku pun naik risau sampai skang aku still tak apply coti. DIULANGI SAMPAI SEKARANG TAK APPLY COTI HOH. Hebat betul aku. Ntahla nak kata aku ni pekerja berdedikasi hmphh aku sarankan uollss muntah beramai2. Bos aku rasanya tengah kumpul alasan2 yang baaeekk untuk fired aku je tinggal.

Dah tiap2 taun aku memang macam nie. Tadahal uollss. Sampaikan pernah aku keja part time kat OU aku willing keja masa 1st raya lagi ok. Tp tengah hari tula uollsss. Gila ke tak sembahyang Raya. Sebusuk2 aku, aku still tahu dosa pahala ok.

Anyway kepada kawan2 aku, office mate aku serta muslimin & muslimat semua. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAFKAN LAH JIKA ADA

TERhanjeng bahasa,
TERcerca kata,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yang sengaja,

Yer lah bukan apa insuran mulut aku 56 juta pound sterling hargannya..kalau aku tak melazer takde lah orang nak saman aku kannn..
Amponn dan maap dipinta yer uollsss...aku sujud kat uolls ni..dah macam sembahyang dah aku ni....

Disamping ittew ingin jugalah aku memberi pesanan khidmat masyarakat sempena Hari Raya yang mulia gittew yakni bersedehanalah di bulan mulia nie uollss.Jangan lah kita membazir semata2 nak raya uollss.Memang raya setahun sekali uollss...tp perlukah bergolok bergadai demi raya aidilfitri nie..?? tidak uolss.. tidaksss...

Kepada yang bawak keta tu, bawak keta elok2 ok. Kan uollss nak tayang keta da bomb uollss kat orang2 kampung katanya. Jangan dekat KL rupa Ferrari tp sampai kampung da jadik leper umpama dilenyek steamroll motipnya. EKSIDEN UOLLSSSS. ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM NAUZUBILLAH MIN ZALIKKK....


Oklah..tiba2 aku mood berpantun bagai pulak nih...LETS CEKIDAUDDDD...


di keheningan waktu pagi,
bau harum di rumah Hamzah,
janganlah kita memakan maggi,
kelak bersiar2 dlm van jenazah

pada pagi yang indah,
tengahari yang panas,
janganlah kita meludah2,
itu idea yang bernas

makan nasi di bawah pokok,
bertemankan dengan seorang gadis,
janganlah kita menghisap rokok,
kerana membahayakan nyamuk aedes

kain batik,
kain sutera,
baju kau sangat cantik,
takde la macam kera..

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas dapur,
kalau ada hutang mestilah bayar,
kalau tak macam cicak berak kapur

masak pisang di atas dapur,
dicampur pula dgn secubit gula,
kalau cicak berak kapur,
manusia pula berak apa ..?

kalau cicak berak kapur,
manusia berak atas basikel,
kalau adik lapar kebulur,
pegila makan kat umah uncle..(pantun bodoh)

kalau saya buat pantun bodos,
try la buat pantun sendiri,
kalau tak boleh nak pos,
lu pikir la sendiri..

Ucapan diterima Selamat Hari Raya
Tangan dihulur untuk bersalam
Nasi tomato pembuka selera
Pencuci mulut kuih apam

Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian,
Susah senang kita bersama,
Senang-senang datang ler rumah..x reti2...???



HAPPY HOLIDAY UOLLSSSS!!!! ^_^

Thursday, September 3, 2009

BILA TIME BULAN RAMADHONS JEK MESTI NAK BUAT REUNION.

Salam Ramadhons. Apa khabar uollss? Harap2 sihat sejahteralah hendaknya ye.

Bila dah masuk minggu ke-3 dalam bulan Ramadhons nie, mulalah masing2 muka tiba2 jadi buruk. Aku tahulah uollss letih bagai nak gila bekerja di bulan Ramadhons yang molia lagi diberkati gittew tapi janganlah sampai rupa tu dah ada iras2 rupa Mak Lampir uollss.Agak2 la kann. Keji tu. Tak sessswaii okay.

Ermm..aku perasankan, start masuk jek bulan pose mulalah berlomba2 hotel2, restoran2 mempromosi hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhons nih. Patutnya bulan Ramadhons nie tujuannya untuk memperbanyakkan beribadat kepada Allah S.W.T, tapi kini dah bertukar menjadi mari memperbanyakkan mencekik-like-no-tomorrow motipnya.

Dan ketika inilah juga ramai kawan2 aku dah mula menalipon, bermeset-mesetan serta menghantar email berantai mengajak berbuka pose bersama2 @ majlis reunion bagi mengeratkan silaturrahim serta untuk bertanya khabar bak kata Aziz Desa "Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasi-serasikan". Eh.. betul ke ayat nie? Ah lantak.

Selalunya bila time situasi macam nie aku dah mula jiwa kacau. Sbenarnya aku tak suka reunion. Siiiiiiiiriyes aku tak tipu. Kalau jamuan berbuka anjuran opis, aku tadahal uollss. Tapi kalau tang reunion @ perjumpaan ngan kwn2 lama otak aku dah start jem. Otak aku dah banyak tercabut skru akibat memikirkan alasan apa lagi yang boleh aku bagi untuk mengelakkan diri dari pergi mengadap ke majlis2 macam reunion nih.

Apa ittew REUNION?

Bagi aku reunion adalah tidak lebih daripada perjumpaan yang MENGHAZABBBKAN. Kenapa?

Sebabnya ialah mase 1st time reunion dengan kawan skolah menyebabkan aku merasakan betapa haruslah aku gigih mengumpul duit bagai nak gila untuk melakukan pembedahan plastik dengan kadar segera.

ASTAGHFIRULLAH HAL AZIMMMMM............~

Bukan ape nyahhh. Sume kawan2 skolah aku makin santek2 & kacak2 belaka uollss. Selama ini aku menyangkakan akulah paling tip-top & ropawan kat Kelana Jaya gittew, tapi bila dikumpulkan kesemua para2 jelitawan dimajlis reunion tersebut, serta merta aku jadi hiba & insof uollss. Kalah terok aku dibuatnya uollss. Sedihhhhhhhhhhhh....

Reunion seterusnya pulak dengan kawan2 selepas aku habis diploma. Haa..masa nilah memasing dok sebok bercerita pasal kejayaan serta kemasyhuran diri. Diorang nie sume berkerjya mantop2 uollss. Ala2 Cemerlang, Gemilang, Terbilang gittew. Ada yang jadi doktor la, jadi lecturer la, jadi engineer la, businesswoman la, kerani akaun la...eh itu akuuu...SENTAPPP!! =B

Semenjak ittewla aku makin bersemangat dodol untuk menaikkan taraf diri dengan menyambung pelajaran ke peringkat degree. Kunun2 nak blaja rajin2. Nak membanggakan family. Nak keluar universiti dengan flying colours lantas menyambar jawatan dalam kerajaan sebagai PTD.

Hmmpphh.

1st & 2nd year jek aku berkobar serta bersemangat dodol. Result pon sunggoh gojes & fabulous ketika ittew.

Masuk tahun seterusnya sampai ke final year, aku kembali ke prangai azali. Lebey terarah melakukan perkara2 lagha seperti berhibur bersama geng di karoke jamban kat Mines, berpeleseran di pasar malam Bangi, mengisi masa lapang dengan mengumpat tak tentu hala serta gigih membuat toyol di malam sebelum test.
Peringatan! Kegiatan menoyol hanya berlaku untuk test sahaja. Final exam aku suci dari segala dosa & noda okay! Eh baik aku check, kang aku ter add lecturer kat dalam Facebook aku nih. Mati aku.



Okay. takde add lecturer. Next!



Hasilnya result keseluruhan aku tidak begitu da bomb. Tapi takdela teruk sangat pun. Cumanya nak apply jawatan kerajaan sebagai PTD memang tak lepas ah. Result kena 3.5 above katanya. Impian tinggal kenangan jele jawapnya uollss. T_T tskkk...~

Tapi skarang pun aku kerja alhamdulillah bolehlah nak cari makan. Kiranya I'm on the right track to achieve my dream job katanya. Pelan2 kayuh gittew.

Skang pulak Ramadhons datang lagi. Kawan2 dah mula nak ajak reunion. Hoh! kali nie paling extreme. Sebabnya memasing dah ada pasangan, dah kawen, dah ada anak. Aku pulak baru jek kembali menyingle malah paling bes, kertu pulak tu. Bagaimana ittew. Boleh bayangkan tak betapa hazabbnya nak menghadapi soklan2 cepumas/puaka dikala reunion ittew nanti?


"Biar betul ko takde bf? Ke ko tipu je nie yunn..."

"Bila ko nak kawen? jangan ler memilih sangat"

"Kau tahu tak yunn, besar pahalanya kalo ko dirikan masjid."

"Aku tau mane tempat bes untuk ko mandi bunga" <----Ini adalah soklan lazim ye wahai kawan2.



Dengan ittew untuk mengelakkan diri dari jiwa terluka dan dihantui duka nestapa makanya aku decide untuk mengeksklusifkan diri aku dari tatapan orang ramai dan mengehadkan kemunculan aku secara live dikalangan kawan2 lama.


Hahaha! Gila pathetic aku ni kann??


Tapi alasan sebenarnya yang wat aku betul2 malas nak pi majlis reunion adalah kerana aku ingin memperbanyakkan pahala dengan beribadat di bulan Ramadhons Al_Mubarak yang molia ini.

Gila kau. Bukan selalu dapat Solat Terawikh doh.


MOTIPPPPPP...?????


=p

Thursday, August 27, 2009

SATU MALAYSIA














Susan Lancaster quote..

"Orang putih ka, orang hijau ka, orang merah ka, orang coklat ka, orang biru ka..............

kita kan orang MALAYSIA?"

HAPPY INDEPENDENCE DAY PEOPLEEEE!!

Wednesday, August 19, 2009

SALAM RAMADHAN.

"Tak ada kata seindah zikir.
Tak ada bulan seindah Ramadhan.
Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga, janji yg terabaikan, hati yang slalu berprasangka & sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf zahir batin."
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.
~Ikhlas dari hati, Fabulous Suyunn.~

Monday, August 17, 2009

AYAT-AYAT CINTA.










Smalam tgok lagi Ayat2 Cinta. Aku paling suka babak ni dalam filem ni....





Ingat lagi siapa dirimu?! Apa yang kau telah lakukan selama ini. Tidakkah kau sombong Fahri?!



Kau merasa paling benar, kau merasa paling suci!



Yusuf tahu ALLAH sedang berbicara padanya. Kamu mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf??



Kata Yusuf : Ya ALLAH jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMu, daripada aku hidup bersama manusia pendusta!!’





"ALLAH sedang berbicara kepadamu tentang sabar dan ikhlas"









"SABAR DAN IKHLAS. Itu adalah ISLAM Fahri! "









Ayaq mate mmg tak trbendung bai bila dengaq dialog ittew. ='(





Lihatlah, kasih sayang ALLAH kepada hambanya. Dan hamba itu sering lupa & tak brsyukur. Ada gak yang bersyukur di mulut tapi hatinya tak pernah bersyukur. Layakkah kita menerima sesuatu yang kita pinta, jika kita tak pernah mengenal erti syukur?



Syukur ALhamdulillah, atas semua yang aku milikki hari ini. =)

YA! KERANA AKU SEORANG PEREMPUAN YANG GEMBIRA.

Aku gembira dengan apa pun ujian yang Allah beri.
Aku gembira dengan siapa diri aku sekarang.
Aku gembira bila arwah abah sempat melihat aku berjaya mendapatkan segulung diploma walaupun hanya setahun sahaja dia tidak sempat melihat aku menggenggam Ijazah.
Aku gembira dapat tinggal bersama keluarga di Kelana Jaya.
Aku gembira dapat membeli kereta atas usaha sendiri.
Aku gembira ternampak senyuman Wan Mariam Arissa buat pertama kali.
Aku gembira bile tengah karaoke & budak waiter berumur 17 tahun tiba-tiba mintak nombor tlepon. Tssskk...(T_T)
Aku gembira pernah jatuh cinta. Walaupun aku dipijak-pijak & dibuang macam sampah.
Aku gembira untuk orang. Aku gembira untuk sahabat karib aku Suhana telah menyambut hari jadinya smalam, Aku gembira untuk Ayie & Lissa yang berkahwin hujung minggu ini.
Aku gembira akan dapat berjumpa kawan-kawan kolej/universiti aku semula.
Aku gembira bile tahu penyanyi Waheeda punca keruntuhan rumah tangga Ustaz Akhil Hayy sebab Waheeda tu bagi aku sangat annoying & fake dan lagipun sesuai sangatla tu sebab ustaz tu pun memang sama gatal.
Aku gembira bila aku terkiak-kiak bekerja & kadang-kadang buat-buat terkiak-kiak supaya nampak macam rajin padahal sakan bermain ym sedangkan dekat luar sana ramai yang kena buang kerja & mengabehkan karan elektrik mak bapak.
Aku gembira untuk semua pahit.
Aku gembira untuk semua yang perit.
Aku gembira kau asyik buat aku begini.
Aku gembira bila kau berlagak terlalu mahal untuk dimiliki.
Aku gembira bila kau bercerita tentang apa yang kau mahu dan yang kau mahu itu jauh sekali dari diri aku.
Bongok kau jual mahal!
Yaaa, aku gembira.

Lucky I'm In Love With My Best Friend...~

*Latar belakang ringtone lagu Alleycat dari henpon zaman nabi cik uyunn.


Nadirah : Woi! Ko tgh watpe? tengah sapu losen halia kat perot boncet ko tu ke? kahkahkah!


Aku : Cilake ko Nadirah! kalo aku jumpe ko pakai skirt pendek ngan peha kau yang berselulit tu, ko jgn marah aku kalo aku muntah kat muke engkau!


Nadirah : Hahaha! Lahanat &*^%$# pompuan gemok nih!


Aku : @#$%^&* Najes gile pompuan pendek neh! Agagagagaa!





Aku rindu gile ngan besfren aku yang sorang neh. Wan Nadirah Hani Zakaria. Kebetulan lak nama die beh kuang same ngan aku. Aku ngan dia memang banyak persamaan. Sama-sama tak senonoh, sama-sama gatal, sama-sama annoying, sama-sama bodoh. Serius punya bodoh. Sumpah aku tak tipu. Cume yang tak samanye adalah dia 10 kali kiut manakala aku lak 1 kali je kiut.(Sebab tula kitorang leh kamceng gile sebab Tuhan tahu kalo aku bermusuh ngan minah tuh maybe aku dah masuk penjara akibat mencurahkan asid kat muke dia. Tsskk....(T_T)


Dalam banyak2 kawan aku, dengan dia jek aku bleh cakap, gelak kuat disulami dengan bahase kesat,mencaci antara satu sama lain tanpa segan silu dikhalayak ramai. Tapiii... kalau ada jejaka kacak bergaya, berseluar pendek, bert-shirt underground, berbau wangi sabun tanda kau memang mandi, terer bermain gitar, berambot serabai macam Hafiz AF7 OMG KAU MEMANG SERIUSSHIT COMEL GILA KALAU KAU DEPAN AKU SUMPAH AKU PINTAL-PINTAL RAMBOT KAU! eh...eh..aku dah reveal lelaki idaman aku pulak dah. Isskk...~I mean kembali kepada citer asal aku tadi, haa...kalo ade jejaka bercirikan jejaka idaman, kitorang dan-dan leh berubah menjadik plastik yakni berbajet kiut, gelak berbunyik hihihi dan berjalan ala2 perempuan jepun berbaju kimono (WTF?)


Aku masih ingat lagi ketika aku berada di semester dua di sebuah pusat pengajian tinggi ( APESAL AKU CAKAP GILE ANNOYING MACAM DRAMA YUSOF HASLAM JANJI DIANA *&&^%^$#?!!) Lecturer aku En. Hilal mengajar subjek psikologi & tajuk pada mase tu ialah "Simptom PEDOFILIA". Kau tahu ape kejadahnye itu? PEDOFILIA tu sejenis penyakit yang dihidapi oleh orang2 dewasa yang menyukai @ lebih tertarik pada budak2 kecik. Contoh paling glamor penyanyi Michael Jackson.



"En. Hilal, Si Uyunn nie ada ciri-ciri pedofilia. dia nie memang suke ngan budak2 bawah umo!"



Mulut Nadirah memang berkeupayaan untuk membuat 2 perkara secara serentak yakni sambil2 bermulut keji, dia juga pada masa yang sama mampu memuncungkan mulut ke arah aku yang ada kat sebelah dia.Aku takleh nak explain kat sini tahap bahase kesat yang aku sampaikan pada Nadirah ketika itu namun yang nyatanya AKU MEMANG MAKI KAW-KAW TANPA MENGELUARKAN BUNYIK KERANA EN. HILAL DAN BUDAK KELAS SEMUA TGH PANDANG AKU TAPI BIBIR AKU BERGERAK2 DARI PELBAGAI ARAH SAMPAIKAN KALAU AKU WATAK DALAM KOMIK BOLEH NAMPAK TULANG IKAN, TENGKORAK, ASAP ITAM KUAR DARI MULUT AKU HAMBEK KAU!


Sejak tu budak2 kelas aku memang bajet aku suke budak bawah umo. Nak-nak pulak kat tempat aku blajar tu memang ramai bebeno budak lelaki bawah umo yang mencengkam jiwe & menikam kalbu. Tapi jangan ingat lak aku neh remaje purbe yang murahan. Mak pun ade taste nyaahh! Masalahnya budak2 kecik nie yang suke ngaco aku. Aku hanye mampu redha jek dengan sume2 dugaan neh..



Okay Sila Muntah Sekarang.



Sebab mulut Nadirah yang siot tula mende tu da jadi satu doa untuk aku. mane taknye, sume dah chop kat dahi aku pecinta anak ikan. kalo dah asek2 nyebut benda yang sama bukan ke jadi doa tu bai?Haihh...~Napela si Nadirah tu tak nyebut "En Hilal, si Uyunn neh ade ciri-ciri suke lelaki yang kaya & ensem!"Tak ke bes ayat tu? pastu budak2 kelas aku leh spread doa tu...~ELEHH..NADIRAH TU CAKAP ORANG TAPI BELAKANG KAU PON PASANG SKENDEL BUDAK KECIK SIAP NGEPAU TOPUP HENPON KAU SAMPAI BUDAK TU TEPAKSE MENIPU MAK DIA YANG DIA TAK CUKUP DUIT ASEK CEKIK MEGI TIAP HARI. BLAH LA KAU! =B



Tapi Nadirah dah kawen & seb bhek dapat orang tua. tapi setahun je pun bezanya. Compare ngan aku maseh diselubungi aura budak2 bawah umo. Tsskk...(T_T)*Latar blakang lagu ringtone Alleycat dari henpon Cik Uyunn...


Nadirah : Weii..Suyunn,jom kuar lepak2 malam nie jom. Aku stress arr ngan keje. Mohler kite berpoye2. Laki aku outstation. Jom arr weii...


Aku : Oi pendek! Kite nie dah tue, buatlar care dah tue. Nak-nakpulak ko tu da kawen. Bawak2 ler memasak resipi2 baru ke, basuh spentot laki ko ke, ngaji quran ke, marhaban...


Nadirah :Blahla kau! Aku baru nak ajak pi berpeleseran, cuci2 mate tengok arbok kat Lorong Haji Taib macam kite slalu pi time kolej dulu-dulu..


Aku : Pukul 10 malam kasi siap! Ko tunggu depan umah. Aku hamik kau!


Nadirah : Yeay! aku sayang kau boncet!


Cilake minah pendek neh. Kau buat aku makin sayang kat kau!!! =)))))




*Aku, Nadirah (nampak tinggi sebab pakai high heels) Midah, Rihan.

INI MEMANG BETOL2 SERIUS.BUKAN COBAANLA NGOK.

(Entri ni da lame aku wat since bulan Mac tapi buh dalam Facebook jek. Skang Baru nak publish kat blog.Hehe.)

Kau orang tengok aku. Nampak macam warga emas tak sedar diri. Gelak kuat sambil tepuk2 meja, berpeleseran tak tentu hala, tengok cite Wonderpets tak berkelip sampaikan mak suruh angkat baju yang bersidai kat luar aku duk cakap nanti2. Laci opis aku yang bahagian tengah penoh ngan stok choki-choki, email pasal kerja 30minit kendian baru respond.Tapi email pasal Azizah Mahzan nampak lurah dendam, dalam mase 0.03 saat aku dah forward ke 20 kwn email aku. (Hei...baru aku sedar aku memang tak guna!) Kau orang memang perlecehkan aku.


Tanggal 28 Mac 2009 bersamaan hari Sabtu telah diisytiharkan hari untuk masyarakat seluruh dunia bersama-sama menghayati isu alam sekitar.(Eh..eh..nape tibe2 aku jadi skema?)Bumi kite yang terchenta ini kini telah banyak diselubungi pelbagai isu pencemaran alam sekitar, kepupusan haiwan, bencana alam dan sebagainya. Kau orang perasan tak perubahan cuaca baru-baru nie? Mula2 punyela cuaca bapak panas sampaikan aku ade gak terase cam nak duk dalam peti ais seberape lame yang boleh. Ah mane mungkin! (Kau nak tipu pon agak-agak la Suyunn) Pastu tau-tau 2-3 hari lepas malam yang hangat tu, pagi esoknye hujan turun dengan hebatnye! Nampak tak kau orang? Akibat lapisan ozon yang semakin menipis tula yang menyebabkan dunia semakin panas & cuaca jadi tak menentu. Itula bukti2 pemanasan global. Ada paham?!


Jadi, wahai para sahabat2 ku, Pada pukul 8.30 – 9.30 malam 28/3/2009, marilah kita beramai-ramai menutup lampu selama 1 jam sebagai tanda sokongan kita terhadap bumi kita yang semakin uzur nie. Seluruh dunia tak kire negara US, UK, Jepun, Mongolia waima Pulau Batam skalipon turut menyertai acara terbesar & terhebat yang julung2 kali diadakan ini. Aku & company aku dah menjalankan tanggungjawap sosial terhadap bumi & alam sekitar ini dengan mendaftarkan diri menjadi sebahagian dari acara yang paling SUPER-DAMN-COOL pada abad ini.








So lets come together to fight global warming! Stand up and take control over the future of our planet by pledging your support and vote earth by simply switch your lights for one hour and join the world for Earth Hour! (Not spending your time watching CHICKY HOUR YOU MORON!)


I know that the ice in the North Pole is melting, but what am I doing about it?

I know that the air I breathe in is getting dirtier by day, but what am I doing about it?

I know that its too hot to play outside but what am I doing about it?

I am joining EARTH HOUR by switching off the lights. How about YOU???


Yeah go ahead, feel bad for being LAZY DUMB ASS.


Sile wat standing ovation!


PEWIITT..PEEEWIITT....!!


Kau orang jangan pandang sbelah mate jek kat loser cam aku nie OKAY!! =))))))


KALAU KAU BERJALAN SIKIT DAH MULA SAKIT PINGGANG, LEMAH LUTUT, LENGUH2 BADAN. KAU DAH TERMASUK GOLONGAN WAJIB KAWEN CEPAT.



Bulan lepas aku telah menghambakan diri untuk menghadiri 2 majlis kawen. Bagi aku itu adalah pencapaian paling hebat dalam hidup aku sebab sepanjang hidup aku kalau ada banyak jemputan kawen aku akan hanye wat special appearance skali jek dalam sehari yakni aku akan piley mana paling best, paling dekat dan yang paling penting dimana ada jejaka2 ensem dan kaye berkeliaran. Mwahahaa..gila cilaka aku nih.1st wedding yang aku pi nih atas ajakan bes fren aku Suhana yakni merangkap SAHABAT BAEK AKU, SOULMATE AKU, MENGENALI AKU, MEMAHAMI AKU DAN MENYOKONG AKU DARI BELAKANG UMPAMA MENOLAK BELAKANG BADAN AKU APABILA ADA JEJAKA ENSEM DI DEPAN AKU DENGAN HARAPAN JEJAKA ITU DAPAT MERANGKUL AKU DENGAN PENUH BERGAYA WTF.


Sbenarnya wedding invitation tu dari kawan si Suhana. Dan yaaa..aku langsung tiada kena mengena ngan pengantin tersebut. Tapi atas sebab yang kawen tu adalah anak Dato’ maka HARUS aku menempelkan diri dikhalayak golongan sebegitu demi jodoh aku.Yaaa…demi untuk mendirikan masjid, demi pahala, demi agama.Setelah menempekkan muke dengan mekap sesedap rase dan memakai baju kurung se-hot yang mungkin, hasilnya adalah............................................................

Wedding itu berlangsung pada hari sabtu 27 June 2009 bersamaan dengan 4 Rejab 1430 Hijrah yakni MINGGU LAGI SATU LA HANTU! DENGAN MEKAP TEBAL AKU NI, DENGAN BAJU BAJET HOT AKU NI, SIAP TEPACAK DEPAN DEWAN NI, KAU BARU SEDAR YANG WEDDING TU MINGGU DEPAN? KENAPA…KENAPAAA..???

Semangat aku dah HILANG…GONE…DEAD…MEIYOU…NADA…YILLEKK.


2nd wedding lak bukan atas kerelaan aku. Iskkk.. tak baik pulak aku wat statement nih. Naseb baik mak aku takde Facebook. Hahaha. Okayla, wedding nie anak sepupu aku kawen. Diorang wat event malam so memang sempat sangatla aku pi wedding tu. Yang peginye cume aku & mak aku je.Patutnya adik aku si Shikin pun join semangkok tapi akibat masalah negara yang melanda sampai jiwe kacaunye tak tertanggung malah turut jua tertonggeng gara2 seorang lelaki bangsat dan dia tak dapat memeriahkan suasana. Sbenarnya akibat masalah negara si Shikin itu jua lah, aku turut mengalami sindrom tertonggeng itu terlebih dahulu, kerana Shikinlah aku tak dapat pi Pesta Malam Indonesia. DEWA, PADI,GIGI ANDRA & THE BACKBONE..maafin gue. Gue enggak dpt meliat performance kamuk.Uhuhuhuu...~ Jangan coba tanya kenape, nanti aku sms ON PENAMPOR kat korang kang....


2nd wedding nila yang wat aku paling sentap. Mane taknye. Asal salam je,

“BILE NAK KAWEN ANAK DARA SORANG NI?”


“AKU DA ADE ANAK 3 KAU PULAK TAK KAWEN2 LAGI”


“UMUR DAH BRAPE? JANGANLA MEMILIH SANGAT”


“AKU TAU TEMPAT BEST NAK BAWAK KAU MANDI BUNGA”

Tssskk...T_T.


Wahhh..ingat bende kawen nie senang ke? Ingat nak cari lelaki yang rajin solat semudah petik jari ke? Tapi kalo ko petik jari di tengah2 khalayak lelaki baru balik Solat Jumaat tu kire disqualified okay. Ko ingat nak wat kenduri kawen nie semudah makan cendol ke? Nak buat cendol pon susah ko tahu tak? Nak kena parut kelapa lagi, perah santan lagi, masak air gula lagi, tapis cendol lagi, haihhhh…..~


Tapi kan, aku ade satu Kisah Benar. Serius tak tipu. Kalo tak caye tanye Shikin. Pehhh..skali aku citer kat blog nie bai..hamek kau.

Nie taun lepas punye citer nih. Hari tu hari Ahad, Biasala petang2 melepak sambil tengok tv. Kebetulan petang tu ada sedara belah mak aku datang ziarah. Aku? Macam biasalah kalo sedara mara datang pas salam2 buat air pastu layan tv balik. Nak2 pulak sedara aku tu aku tak brape kenal. Dorang duk kat hall depan, aku lak duk layan tv ngan anak buah aku kat hall tengah. Sedar2 jek sedara aku tu pun nak balik. Lepas ilang je kete dorang dari pandangan, mak aku tepuk belakang aku ngan kuat. “Nape tadi kamu gelak mengilai2? Tahu tak tadi orang tu datang nak merisik, langsung dia dah tak berkenan kat kamu!”


Dan2 aku flashback. Yaaa…tadi aku memang gelak kuat. Serius gile punya kuat.


Masalahnye..............




CITER GURU BADUL TU MEMANG SUMPAH LAWAK GILA.





Tapi manela aku tau mase tu dorang nak merisik aku?Nie sume Badul punye pasal. Kalo tak agaknye skang aku dok sebok memintal bunga telut....=,(

Tuesday, August 4, 2009

OPPSS TERLEBIH SUDAH KAU BAH!



Penatnya minggu lepas uollsss...sampaikan aku ada rasa macam nak termeninggal dibuatnya uolsss...


Minggu lepas aku arrange trip pergi ke Kota Kinabalu, Sabah dengan rakan2 seperjuangan kertu aku. Huhu. Jodol glamournya ROMBONGAN CIK KIAH & DA KERTU'S KE KOTA KINABALU gitteww. Cik Kiahnya siapa lagi kalau bukan ahkak kau yang hot & gojes neh wahai deknon2 sume. Sebagai ketua pelancong yang gila glamour serta gila kuasa, aku telah meng"arrange" semua schedule dengan begitu ketat sekali. DIULANGI dengan BEGITU KETAT SEKALI umpama kau memakai seluar jeans kecik yang ketat lalu kau terpaksa memakai plastik merah di ujung kaki kau supaya senang kau nak menyarungkan seluar jeans kau ittew lantas kau sangat sukar nak bernafas tetapi kau amat gembira dengan penampilan kau ittew. Oh! sunggoh deep skali pemikiran aku. Maaf. Akibat teruja keterlaluan telah mengakibatkan karangan sedikit terpesong. Tsskkk...T_T



(Adakah kerana lelaki2 diluar sana tiada yang se- standard dengan kau lalu kau terpakse bercinta sesama jenis?? OHHH!!!)



Akibat begitu gigih mengaturkan jadual yang sangat padat & sempit ittew hinggakan ada ahli rombongan komplen nak buang ayaq besaq pun aku bagi limit 30 saat je uollss..Awasss..

Hey! masa ittew emas okay!






Berbekalkan wajah pan asian aku yang ala2 Pengako Sa Yo Filipinos yang tak siap ittew aku telah berjaya meyakinkan para2 pemandu teksi sapu untuk membawa kitorang ke merata KK dengan harga yang begitu ekonomi skali uollss. SYABASS INSPEKTOR SHAHAB!! I LUV U!! Jerit ahli2 rombongan Cik Kiah kerana mengagumi skill menggoda aku ittew.

OKAY SILA MUNTAH SEKARANG.









(Orang lain bagai nak rak beli gelang rantai kristal, keychain, ikan masin bagai tapi aku beli akuarium uollsss! Diulangi pergi Sabah beli akuarium uollsssss..!! Kellasss kau bah! Teros aku letak atas meja opis aku okay.)






Pendek kata rombongan Cik Kiah & Da Kertu's ke KK begitu suksess skali uollss!!


Suka ahkak sukaaaa...!!









Namun disebalik kegembiraan ittew terselit jua kedukaan serta kepiluan terhadap diri aku wahai deknon2 sume. Alkisahnya sementelah aku sampai jek di depan rumah, baru jek sesaat dua menayangkan muka yang gojes ini di depan pintu, mak aku telah melaser aku hinggakan aku rase amat tergores & terluka hati uollssss.. Mak aku tak bagi masuk rumah uollss!! Mak aku takut aku akan membawa virus H1N1 uollss!! Alangkah pilewnya hati aku hanya Allah ajew yang taww..Oh! T_T





Tapi aku seorang yang berfikiran positif uollss. Aku mengerti ape motip yang ingin disampaikan oleh mak aku ittew. Aku redho uollss. Ujung2 aku terus kuarantinkan diri sendiri dalam bilik uollss. Sungguh kepam sekali keadaan aku 2-3 hari menguarantinkan diri ketike ittew. Oh!




(Aku takmo dilabel anak durhaka ye deknon2 ku. Yang penting aku takmo dipanah petir uollssss!!)


Esoknya aku tetap gigih pergi bekerja walaupun ahli2 rombongan aku masih terbongkang diulit mimpi sebab amik cuti extra. Tetapi tidak pula bagi aku wahai deknon2 sume. Demi sesuap nasik serta sebutir beras bersamaan dengan setitik peluh petani (eh..tetiba terselit iklan beras) aku tetap tabah menjalankan kerja aku seperti biasa walau hakekatnya siriyes aku rasa macam nak merangkak dari lif menuju ke meja kerja aku sebagai tanda penat bagai nk gila motipnya aksi terlampau tersebut.




Setelah 2 hari berturut2 terkangkang kiak, betis2 tersimpul biawak, keguguran dirambut dan berbuih dimulut (hey! it rhymes!) akhirnya dapat gak aku menyetelkan report yang sungguh meng AZAB kan ittew uollsss. TAKBIRRRR.......!!!









(Balik rumah terus PENGSAN UOLLSSSSSSS...!!!!!!!!)

Wednesday, July 22, 2009

AHKAK BIZI GILE H1N1 UOLLSSS..!!!!!



Apekaba uollsss..?? Dah solat maghrib deknon-deknon semuaa?? Alhamdulillah syukurrr....




(Kelless kau deknon...siap jambol didepan tu yang tak tahan..macam ahkak SITI NURHALIZA GITEWWWW...)

Aku dah lama tak menjengok2 blog terchenta aku neh. Mau berlumut berkepam berulat blog aku neh kalau dibiar lama-lama. Huhu..



Ouhhh...aku amat terharu dengan sambutan & sokongan uollss terhadap shawls aku yg ciput nieh...sampai bila malam-malam kan uollss.. ai boley menanges sampai terkeluar hingus 2cm bila mengenangkan jualan yang sangat memberangsangkan serta memberahikan ini..eh ke aku nanges sebab kenangan lalu mengusik jiwa yang macam cilake,bodoh serta lahanat itteww??? Ah mana2 jelah kannn...



ADE KORANG KESAH KANNNN.......? ~



Okayla deknon2 semua...kembali kita pada topik perbincangan seperti tajuk diatas...adalah dimaklumkan bahawasanya...

AKU SIIIRIYES BIZI TAK HENGAT SAMPAIKAN AKU ADE RASE-RASE MACAM NAK TERMENINGGAL PUN ADA OKAY!

(Ahkak pening nyaahh...ahkak bukan tuhan kelly eng cam dewa siva tu ke ape ntah yang banyak tangan ittew..ahkak ade dua tangan je nyaahh..mane sempat nak buat semua &^%$#%* ada faham!!!)



Yelah kan..kat opis dengan nak kena siap 3 report setiap minggu, dengan daily routine akaun lagi, dengan jualan shawls yang mengghairahkan lagi, dengan nak mandikan anak lagi, nak masak untuk laki lagi, nak mencangkul hasil mahsul cili belakang rumah lagi...eh...rasanya statement yang ke 4,5,6 tu macam lame lagi kottt..hihihiii....





Anyway thanksla sebab sanggup pecahkan tabung ayam memasing demi kerana nak support jualan shawl aku nieh...

(Nie tabung ayam aku. Comel tak? comel taaakkk????)





Untuk Pengetahuan Am deknon2 semua...minggu nie ahkak tak available taww...ahkak nk pegi melancong ke Kota Kinabalu nyaahhh...Ini semua adalah kerana kutipan hasil mahsul jualan suksesss da bomb ahkak yg mabeles ittewww... SUKA AHKAK..SUKAAAA...~




Next time aku dah jumpa shawls yang lebey chunmaot sila lah support lagi yeaa..bole la ahkak pi vacation kat Pulau Maldives plak yaaa!! MUAXXXXSSS UOLLLSSS...!!!!


(Uollsss memang tebaeeekkk okay!!!)



Sunday, July 19, 2009

BERSEDIA ATAU TIDAK LAYAN SAJA ENTRI INIII..!!!



Wazzapp y'all...!



Bertemu lagi kita dirancangan apaaa dek non-dek non semuaaa?? Yaa.. rancangan "Nate Gapo Dio Cik Suyunn?!" Bersama pengacara anda yang paling HOT & PEBELES pada masa kini iaitu CIK SUYUNN la weii..! (U'olls nie kann cepat betul dah lupa kat ai taww! =B )


Okayla dek non-dek non semua, aku malasla kan nak berpantun-mantun, bersajak-majak bagai, untuk pembuka bicara siswa kita pada kali ini kann..senang citer kita straight to the point ye. Sbenarnya aku dah teruja gilaaa nak mamp bila jumpa selendang/shawls terkini lagi sensasi yg aku jumpa neh. Akibat dari rembesan kelenjar excited aku yang tak dapat dibendung, BALIK RUMAH JE AKU TERUS TENDANG PINTU BILIK ADIK AKU LANTAS TANPA RASA BELAS KASIHAN AKU TEROS MEMIJAK PEROT ADIK AKU A.K.A MODEL CAP AYAM YANG SEDANG TERBONGKANG TIDO UNTUK MENGADAKAN SESI PHOTOSHOOT PADA PETANG YANG KEJAM ITU. =B



Adakah u'olls sudah bersedia untok menyaksikan shawl-shawl yang hot & spicy inii?? cukup bernapsukah u'olls dengan aksi yang menghairahkan iniii?? CUKUPKAH DUIT U'OLLS PADA BULAN INII?? (Ouhh..Cik Esah.. Sila pecahkan tabung ayam kau lepas baca entri ini okay!)


Bersedia wahai dek non-dek non...
AYOMAT..GEKSET...GOHHH....!!!! ZASSSS....~











SHAWLS PERGH-LANGI CHARE SEH (RM28)*

-SOLD OUT!-
-Shawls kaler pelangi nie amat sesuai skali digayakan depan musuh ketat kau supaya dia akan berasa dengki & busuk hati dengan kejelitaan kau nyaaah. Musuh kau itu juga berkemungkinan kudung jari jika ditunjuk jarinya pada shawl pelangi kau itu (WTF).
(Paid by Fatin & Shima)






SHAWLS SENJA NAN MERAH (RM28)*

-SOLD OUT!-

- Shawls ini akan kelihatan menarik sekali jika kau sedang berpeleseran di waktu maghrib. ASTAGHFIRULLAH HALAZIMMM......

(Paid by Fatin & Tinod)












SHAWLS SIIIRIYES CHUNDOWH (RM 28)*

-SOLD OUT!-
- Selendang ini sesuai sangat kalau kau seorang pecinta alam sekitar kerana apabila melihat kau, nescaya ia akan memberi inspirasi kepada jiran tetangga kau untuk menanam lebih banyak tanaman hidroponik dirumah mereka dan mencuba sedaya upaya untuk mengelak dari membakar tayar bagi mengurangkan asap yg mencemarkan udara.

(Paid by fatin & Dira)



Cepat deknon-dek non semuaa!! Shawls neh cuma ada 2 helai jek tok each colors okay. Lambat tinggalll..!!!





TERMS & CONDITIONS

***reservation allowed within 2 days only.

**first come first serve basis.

**goods are non-refundable and non-restockable.

**price doesn't include postage fees.

Kepada korang yang terberkenan,tersyok,teringin, terbernapsu kude..sile emailkan tempahan selendang yg anda berkenan ke alamat email berikut

uyunn@live.com.my

Tata darlinggg....~

Monday, July 13, 2009

DEMI CINTAKU PADAMU KEMANA PUN KAU KAN KUBAWA, KE HUJUNG DUNIA KE BINTANG KEJORAAA...~


Aku dah 86% bley hafal lagu SEARCH. Kat opis keje aku bukan membuat akaun tetapi mendonlod mp3 lagu SEARCH. Sinarfm da jadi official radio station dalam kete aku. (sape2 yang naek kete aku nak dengar ,hotfm ke,flyfm ke,hitzfm ke,tamilfm ke, aku tendang kuar dari kete aku. Yaa sudah tentu tendang dalam erti kate menggunakan kaki.) Mimpi malam-malam tidorku kini hanya berboifrenkan AMY SEARCH. (Takuya Kimura, George Clooney, Brad Pitt, Mawi <-----&^%$#@%(???), Anuar Zain AKUU SUKAAA GILAAA KAUUU maaf ya semua, Dinda terpaksa postpone dating ke bulan yang lain yaaa..)

Ouhhh... I Can't Hardly Wait Nyaahhhh...~ =B




Muka dah bajet stailo mailo segalaaa, spek nak hip hop segalaaa, belakang hakikatnya tengah layan lagu KAU KUNCI CINTAKU DALAM HATIMU NYANYIAN KAK MELAH KAT RADIO SINARFM. =D

Thursday, July 9, 2009

WHAT'S NEXT CIK SUYUNN???

Perghh... kau orang ni kann suka buat aku teruja taww.. Jualan julung2 kali mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Woh..wohh.. excited gilaaa aku siakk! =)


Time kaseh banyak2 la atas sokongan u ollss. Aku saaayaaanngg gilaaaa kat korang sume nyahhh muaxxss!! Nie yang aku rase tetibe macam nak rembat kete Swift seketoi. (Sambil jari tangkas mengira keuntungan dengan menggunakan Sempoa kaler pink anak buah)


Ada berita terkini hiburan sensasi wahai orang-orang kampung Dusun & Dek2 Non sume! Aku nak u ollss tengok selendang baru yang aku baru sambar nyah! Series aku sambar macam kain selendang tu tergantung kat kedai pastu kau terasa agak sentap akibat aku sambar depan muka kau sebab cuma ada tinggal satu helai je &^&%$^*#@...~ Sumpah aku tak tipu okay! Ini adalah kerana bagi aku yang penting............bukan kejeeesamee ye Dek2 Non..yang penting bagi aku adalah "EXCLUSIVE OKAY!" (Kali nie selendang lebey panjang dari post yg dulu sebab tu price dia lain sikit.)


So apelagi wahai Dek2 Non sume?? Wat arr yu weiting porrr?? Lets CEKIDAUDD..!!!





SELENDANG BLADY HOTCHIX (*RM 30) -

-SOLD OUT!-SOLD OUT!-
Sesswai digayakan ketika menggoda jejaka-jejaka di kenduri kawen anak Ketua Kampung.

(Paid by Lily)





SELENDANG BLADY CHUNSYIOL (*RM 30)

-SOLD OUT!-
Kalau kau single bila kau pakai selendang nie kompom2 lelaki nak jadikan kau bini. Kalau kau da kawen plak, laki kau akan ajak kau kawen lagi skali. =))))

(Paid by Rien)


So..macam biasa la nyah..kasi tengok terms & conditionsnya okay. Kalau kau tak baca pastu ada apa2 problem pastu ko ajak aku naik court, kompom2 ko kalah nyah...~

TERMS & CONDITIONS

***reservation allowed within 2 days only.

**first come first serve basis.

**goods are non-refundable and non-restockable.

**price doesn't include postage fees.

Kepada korang yang terberkenan,tersyok,teringin, terbernapsu kude..sile emailkan tempahan selendang yg anda berkenan ke alamat email berikut

uyunn@live.com.my

Tata darlinggg....~

Monday, July 6, 2009

TAYANGAN PERDANA! PRE-SALES! SILE..SILEE TGOK...WAT MCM UMAH SENDIRIK..JGN MALU2 YE..~




"SELENDANG BULAN MADU DI AWAN BIRUUU" (*RM 25) -SOLD OUT!-
(Kepada sape-sape yg pi Kunset Search Di Awan Biru aku paksa kau beli okay.Aku tak pedulik. Especially kau SURIATI..! Hue..hue..hue..!!)
(PAID BY WAHIDA & RINI)






"SELENDANG HITAM PUTEH POOPS CIKCAK" (*RM 25) -SOLD OUT!-
(Sesuai digayakan ketika menonton Cicakman bersama saudara mara,sepupu sepapat mahupun bersama jiran tetangga sambil makan kuaci. Nah! Sedondon bukan?)
(PAID BY LINDA & ATIKA)







"SELENDANG MERAHNYEE MAK NGAH" (*RM 25) -SOLD OUT!-
(Dilarang keras memakai selendang ini dikawasan penyembelihan lembu! =B )
(PAID BY SHIMA)







"SELENDANG INSPIRASIKU TIVITIGAAA"(*RM 25)-SOLD OUT!-
(Kalau kau pakai time Karnival Jom Heboh TV3, kompom tiba-tiba orang bagi kau gitar suruh main sebab ingat kau YUNA. TAK KE GLEMER GILAA KAU! =D
(PAID BY KECHIK & SHIMA)





Oleh kerana jeles yang tak dapat dibendung, Tokma (mak aku) pun turut jua ingin menceburi bidang modelling ini. Caiyokk!! Gambatte Neh TOKMA!




ALOLOLOOO...TOMEH..TOMEHH...tu blom bagi gitar lagi tuh..blerghh seriess cool gilaa..=P
(Ma memakai selendang INSPIRASIKU TIVITIGAAA.)


Kepada korang yang terberkenan,tersyok,teringin, terbernapsu kude..sile emailkan tempahan selendang yg anda berkenan ke alamat email berikut

uyunn@live.com.my


Setiap selendang hanye ade 2 helai je tawww!! Exclusive gilaaaa siak!! Cepatt bai..cepatt..sebelum stok maseh ada!!

TERMS & CONDITIONS

***reservation allowed within 2 days only.

**first come first serve basis.

**goods are non-refundable and non-restockable.

**price doesn't include postage fees.