Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA UOLLSSS!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri uollss.

Aku hepi gilaa harini. Sume orang da start balik kampung. Yaaa..wahai orang2 kampung silalah balik ke kampung halaman masing2. Sebab aku nak bersiar2 around PJ & KL dalam erti kata membawa keta dalam kelajuan siput di jalan raya. Lengang uollss. Rasanya kalo nak main badminton pon bole kat federal highway/LDP tu motipnya.

Sume budak2 opis aku tanya nape aku tak amik coti arini. HELLO. Aku takde kampunglahh. Sedih taakkk?? Sampai bos aku pun naik risau sampai skang aku still tak apply coti. DIULANGI SAMPAI SEKARANG TAK APPLY COTI HOH. Hebat betul aku. Ntahla nak kata aku ni pekerja berdedikasi hmphh aku sarankan uollss muntah beramai2. Bos aku rasanya tengah kumpul alasan2 yang baaeekk untuk fired aku je tinggal.

Dah tiap2 taun aku memang macam nie. Tadahal uollss. Sampaikan pernah aku keja part time kat OU aku willing keja masa 1st raya lagi ok. Tp tengah hari tula uollsss. Gila ke tak sembahyang Raya. Sebusuk2 aku, aku still tahu dosa pahala ok.

Anyway kepada kawan2 aku, office mate aku serta muslimin & muslimat semua. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAFKAN LAH JIKA ADA

TERhanjeng bahasa,
TERcerca kata,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yang sengaja,

Yer lah bukan apa insuran mulut aku 56 juta pound sterling hargannya..kalau aku tak melazer takde lah orang nak saman aku kannn..
Amponn dan maap dipinta yer uollsss...aku sujud kat uolls ni..dah macam sembahyang dah aku ni....

Disamping ittew ingin jugalah aku memberi pesanan khidmat masyarakat sempena Hari Raya yang mulia gittew yakni bersedehanalah di bulan mulia nie uollss.Jangan lah kita membazir semata2 nak raya uollss.Memang raya setahun sekali uollss...tp perlukah bergolok bergadai demi raya aidilfitri nie..?? tidak uolss.. tidaksss...

Kepada yang bawak keta tu, bawak keta elok2 ok. Kan uollss nak tayang keta da bomb uollss kat orang2 kampung katanya. Jangan dekat KL rupa Ferrari tp sampai kampung da jadik leper umpama dilenyek steamroll motipnya. EKSIDEN UOLLSSSS. ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM NAUZUBILLAH MIN ZALIKKK....


Oklah..tiba2 aku mood berpantun bagai pulak nih...LETS CEKIDAUDDDD...


di keheningan waktu pagi,
bau harum di rumah Hamzah,
janganlah kita memakan maggi,
kelak bersiar2 dlm van jenazah

pada pagi yang indah,
tengahari yang panas,
janganlah kita meludah2,
itu idea yang bernas

makan nasi di bawah pokok,
bertemankan dengan seorang gadis,
janganlah kita menghisap rokok,
kerana membahayakan nyamuk aedes

kain batik,
kain sutera,
baju kau sangat cantik,
takde la macam kera..

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas dapur,
kalau ada hutang mestilah bayar,
kalau tak macam cicak berak kapur

masak pisang di atas dapur,
dicampur pula dgn secubit gula,
kalau cicak berak kapur,
manusia pula berak apa ..?

kalau cicak berak kapur,
manusia berak atas basikel,
kalau adik lapar kebulur,
pegila makan kat umah uncle..(pantun bodoh)

kalau saya buat pantun bodos,
try la buat pantun sendiri,
kalau tak boleh nak pos,
lu pikir la sendiri..

Ucapan diterima Selamat Hari Raya
Tangan dihulur untuk bersalam
Nasi tomato pembuka selera
Pencuci mulut kuih apam

Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian,
Susah senang kita bersama,
Senang-senang datang ler rumah..x reti2...???



HAPPY HOLIDAY UOLLSSSS!!!! ^_^

No comments: