Thursday, August 27, 2009

SATU MALAYSIA














Susan Lancaster quote..

"Orang putih ka, orang hijau ka, orang merah ka, orang coklat ka, orang biru ka..............

kita kan orang MALAYSIA?"

HAPPY INDEPENDENCE DAY PEOPLEEEE!!

Wednesday, August 19, 2009

SALAM RAMADHAN.

"Tak ada kata seindah zikir.
Tak ada bulan seindah Ramadhan.
Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga, janji yg terabaikan, hati yang slalu berprasangka & sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf zahir batin."
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.
~Ikhlas dari hati, Fabulous Suyunn.~

Monday, August 17, 2009

AYAT-AYAT CINTA.










Smalam tgok lagi Ayat2 Cinta. Aku paling suka babak ni dalam filem ni....





Ingat lagi siapa dirimu?! Apa yang kau telah lakukan selama ini. Tidakkah kau sombong Fahri?!



Kau merasa paling benar, kau merasa paling suci!



Yusuf tahu ALLAH sedang berbicara padanya. Kamu mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf??



Kata Yusuf : Ya ALLAH jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMu, daripada aku hidup bersama manusia pendusta!!’





"ALLAH sedang berbicara kepadamu tentang sabar dan ikhlas"









"SABAR DAN IKHLAS. Itu adalah ISLAM Fahri! "









Ayaq mate mmg tak trbendung bai bila dengaq dialog ittew. ='(





Lihatlah, kasih sayang ALLAH kepada hambanya. Dan hamba itu sering lupa & tak brsyukur. Ada gak yang bersyukur di mulut tapi hatinya tak pernah bersyukur. Layakkah kita menerima sesuatu yang kita pinta, jika kita tak pernah mengenal erti syukur?



Syukur ALhamdulillah, atas semua yang aku milikki hari ini. =)

YA! KERANA AKU SEORANG PEREMPUAN YANG GEMBIRA.

Aku gembira dengan apa pun ujian yang Allah beri.
Aku gembira dengan siapa diri aku sekarang.
Aku gembira bila arwah abah sempat melihat aku berjaya mendapatkan segulung diploma walaupun hanya setahun sahaja dia tidak sempat melihat aku menggenggam Ijazah.
Aku gembira dapat tinggal bersama keluarga di Kelana Jaya.
Aku gembira dapat membeli kereta atas usaha sendiri.
Aku gembira ternampak senyuman Wan Mariam Arissa buat pertama kali.
Aku gembira bile tengah karaoke & budak waiter berumur 17 tahun tiba-tiba mintak nombor tlepon. Tssskk...(T_T)
Aku gembira pernah jatuh cinta. Walaupun aku dipijak-pijak & dibuang macam sampah.
Aku gembira untuk orang. Aku gembira untuk sahabat karib aku Suhana telah menyambut hari jadinya smalam, Aku gembira untuk Ayie & Lissa yang berkahwin hujung minggu ini.
Aku gembira akan dapat berjumpa kawan-kawan kolej/universiti aku semula.
Aku gembira bile tahu penyanyi Waheeda punca keruntuhan rumah tangga Ustaz Akhil Hayy sebab Waheeda tu bagi aku sangat annoying & fake dan lagipun sesuai sangatla tu sebab ustaz tu pun memang sama gatal.
Aku gembira bila aku terkiak-kiak bekerja & kadang-kadang buat-buat terkiak-kiak supaya nampak macam rajin padahal sakan bermain ym sedangkan dekat luar sana ramai yang kena buang kerja & mengabehkan karan elektrik mak bapak.
Aku gembira untuk semua pahit.
Aku gembira untuk semua yang perit.
Aku gembira kau asyik buat aku begini.
Aku gembira bila kau berlagak terlalu mahal untuk dimiliki.
Aku gembira bila kau bercerita tentang apa yang kau mahu dan yang kau mahu itu jauh sekali dari diri aku.
Bongok kau jual mahal!
Yaaa, aku gembira.

Lucky I'm In Love With My Best Friend...~

*Latar belakang ringtone lagu Alleycat dari henpon zaman nabi cik uyunn.


Nadirah : Woi! Ko tgh watpe? tengah sapu losen halia kat perot boncet ko tu ke? kahkahkah!


Aku : Cilake ko Nadirah! kalo aku jumpe ko pakai skirt pendek ngan peha kau yang berselulit tu, ko jgn marah aku kalo aku muntah kat muke engkau!


Nadirah : Hahaha! Lahanat &*^%$# pompuan gemok nih!


Aku : @#$%^&* Najes gile pompuan pendek neh! Agagagagaa!





Aku rindu gile ngan besfren aku yang sorang neh. Wan Nadirah Hani Zakaria. Kebetulan lak nama die beh kuang same ngan aku. Aku ngan dia memang banyak persamaan. Sama-sama tak senonoh, sama-sama gatal, sama-sama annoying, sama-sama bodoh. Serius punya bodoh. Sumpah aku tak tipu. Cume yang tak samanye adalah dia 10 kali kiut manakala aku lak 1 kali je kiut.(Sebab tula kitorang leh kamceng gile sebab Tuhan tahu kalo aku bermusuh ngan minah tuh maybe aku dah masuk penjara akibat mencurahkan asid kat muke dia. Tsskk....(T_T)


Dalam banyak2 kawan aku, dengan dia jek aku bleh cakap, gelak kuat disulami dengan bahase kesat,mencaci antara satu sama lain tanpa segan silu dikhalayak ramai. Tapiii... kalau ada jejaka kacak bergaya, berseluar pendek, bert-shirt underground, berbau wangi sabun tanda kau memang mandi, terer bermain gitar, berambot serabai macam Hafiz AF7 OMG KAU MEMANG SERIUSSHIT COMEL GILA KALAU KAU DEPAN AKU SUMPAH AKU PINTAL-PINTAL RAMBOT KAU! eh...eh..aku dah reveal lelaki idaman aku pulak dah. Isskk...~I mean kembali kepada citer asal aku tadi, haa...kalo ade jejaka bercirikan jejaka idaman, kitorang dan-dan leh berubah menjadik plastik yakni berbajet kiut, gelak berbunyik hihihi dan berjalan ala2 perempuan jepun berbaju kimono (WTF?)


Aku masih ingat lagi ketika aku berada di semester dua di sebuah pusat pengajian tinggi ( APESAL AKU CAKAP GILE ANNOYING MACAM DRAMA YUSOF HASLAM JANJI DIANA *&&^%^$#?!!) Lecturer aku En. Hilal mengajar subjek psikologi & tajuk pada mase tu ialah "Simptom PEDOFILIA". Kau tahu ape kejadahnye itu? PEDOFILIA tu sejenis penyakit yang dihidapi oleh orang2 dewasa yang menyukai @ lebih tertarik pada budak2 kecik. Contoh paling glamor penyanyi Michael Jackson.



"En. Hilal, Si Uyunn nie ada ciri-ciri pedofilia. dia nie memang suke ngan budak2 bawah umo!"



Mulut Nadirah memang berkeupayaan untuk membuat 2 perkara secara serentak yakni sambil2 bermulut keji, dia juga pada masa yang sama mampu memuncungkan mulut ke arah aku yang ada kat sebelah dia.Aku takleh nak explain kat sini tahap bahase kesat yang aku sampaikan pada Nadirah ketika itu namun yang nyatanya AKU MEMANG MAKI KAW-KAW TANPA MENGELUARKAN BUNYIK KERANA EN. HILAL DAN BUDAK KELAS SEMUA TGH PANDANG AKU TAPI BIBIR AKU BERGERAK2 DARI PELBAGAI ARAH SAMPAIKAN KALAU AKU WATAK DALAM KOMIK BOLEH NAMPAK TULANG IKAN, TENGKORAK, ASAP ITAM KUAR DARI MULUT AKU HAMBEK KAU!


Sejak tu budak2 kelas aku memang bajet aku suke budak bawah umo. Nak-nak pulak kat tempat aku blajar tu memang ramai bebeno budak lelaki bawah umo yang mencengkam jiwe & menikam kalbu. Tapi jangan ingat lak aku neh remaje purbe yang murahan. Mak pun ade taste nyaahh! Masalahnya budak2 kecik nie yang suke ngaco aku. Aku hanye mampu redha jek dengan sume2 dugaan neh..



Okay Sila Muntah Sekarang.



Sebab mulut Nadirah yang siot tula mende tu da jadi satu doa untuk aku. mane taknye, sume dah chop kat dahi aku pecinta anak ikan. kalo dah asek2 nyebut benda yang sama bukan ke jadi doa tu bai?Haihh...~Napela si Nadirah tu tak nyebut "En Hilal, si Uyunn neh ade ciri-ciri suke lelaki yang kaya & ensem!"Tak ke bes ayat tu? pastu budak2 kelas aku leh spread doa tu...~ELEHH..NADIRAH TU CAKAP ORANG TAPI BELAKANG KAU PON PASANG SKENDEL BUDAK KECIK SIAP NGEPAU TOPUP HENPON KAU SAMPAI BUDAK TU TEPAKSE MENIPU MAK DIA YANG DIA TAK CUKUP DUIT ASEK CEKIK MEGI TIAP HARI. BLAH LA KAU! =B



Tapi Nadirah dah kawen & seb bhek dapat orang tua. tapi setahun je pun bezanya. Compare ngan aku maseh diselubungi aura budak2 bawah umo. Tsskk...(T_T)*Latar blakang lagu ringtone Alleycat dari henpon Cik Uyunn...


Nadirah : Weii..Suyunn,jom kuar lepak2 malam nie jom. Aku stress arr ngan keje. Mohler kite berpoye2. Laki aku outstation. Jom arr weii...


Aku : Oi pendek! Kite nie dah tue, buatlar care dah tue. Nak-nakpulak ko tu da kawen. Bawak2 ler memasak resipi2 baru ke, basuh spentot laki ko ke, ngaji quran ke, marhaban...


Nadirah :Blahla kau! Aku baru nak ajak pi berpeleseran, cuci2 mate tengok arbok kat Lorong Haji Taib macam kite slalu pi time kolej dulu-dulu..


Aku : Pukul 10 malam kasi siap! Ko tunggu depan umah. Aku hamik kau!


Nadirah : Yeay! aku sayang kau boncet!


Cilake minah pendek neh. Kau buat aku makin sayang kat kau!!! =)))))




*Aku, Nadirah (nampak tinggi sebab pakai high heels) Midah, Rihan.

INI MEMANG BETOL2 SERIUS.BUKAN COBAANLA NGOK.

(Entri ni da lame aku wat since bulan Mac tapi buh dalam Facebook jek. Skang Baru nak publish kat blog.Hehe.)

Kau orang tengok aku. Nampak macam warga emas tak sedar diri. Gelak kuat sambil tepuk2 meja, berpeleseran tak tentu hala, tengok cite Wonderpets tak berkelip sampaikan mak suruh angkat baju yang bersidai kat luar aku duk cakap nanti2. Laci opis aku yang bahagian tengah penoh ngan stok choki-choki, email pasal kerja 30minit kendian baru respond.Tapi email pasal Azizah Mahzan nampak lurah dendam, dalam mase 0.03 saat aku dah forward ke 20 kwn email aku. (Hei...baru aku sedar aku memang tak guna!) Kau orang memang perlecehkan aku.


Tanggal 28 Mac 2009 bersamaan hari Sabtu telah diisytiharkan hari untuk masyarakat seluruh dunia bersama-sama menghayati isu alam sekitar.(Eh..eh..nape tibe2 aku jadi skema?)Bumi kite yang terchenta ini kini telah banyak diselubungi pelbagai isu pencemaran alam sekitar, kepupusan haiwan, bencana alam dan sebagainya. Kau orang perasan tak perubahan cuaca baru-baru nie? Mula2 punyela cuaca bapak panas sampaikan aku ade gak terase cam nak duk dalam peti ais seberape lame yang boleh. Ah mane mungkin! (Kau nak tipu pon agak-agak la Suyunn) Pastu tau-tau 2-3 hari lepas malam yang hangat tu, pagi esoknye hujan turun dengan hebatnye! Nampak tak kau orang? Akibat lapisan ozon yang semakin menipis tula yang menyebabkan dunia semakin panas & cuaca jadi tak menentu. Itula bukti2 pemanasan global. Ada paham?!


Jadi, wahai para sahabat2 ku, Pada pukul 8.30 – 9.30 malam 28/3/2009, marilah kita beramai-ramai menutup lampu selama 1 jam sebagai tanda sokongan kita terhadap bumi kita yang semakin uzur nie. Seluruh dunia tak kire negara US, UK, Jepun, Mongolia waima Pulau Batam skalipon turut menyertai acara terbesar & terhebat yang julung2 kali diadakan ini. Aku & company aku dah menjalankan tanggungjawap sosial terhadap bumi & alam sekitar ini dengan mendaftarkan diri menjadi sebahagian dari acara yang paling SUPER-DAMN-COOL pada abad ini.








So lets come together to fight global warming! Stand up and take control over the future of our planet by pledging your support and vote earth by simply switch your lights for one hour and join the world for Earth Hour! (Not spending your time watching CHICKY HOUR YOU MORON!)


I know that the ice in the North Pole is melting, but what am I doing about it?

I know that the air I breathe in is getting dirtier by day, but what am I doing about it?

I know that its too hot to play outside but what am I doing about it?

I am joining EARTH HOUR by switching off the lights. How about YOU???


Yeah go ahead, feel bad for being LAZY DUMB ASS.


Sile wat standing ovation!


PEWIITT..PEEEWIITT....!!


Kau orang jangan pandang sbelah mate jek kat loser cam aku nie OKAY!! =))))))


KALAU KAU BERJALAN SIKIT DAH MULA SAKIT PINGGANG, LEMAH LUTUT, LENGUH2 BADAN. KAU DAH TERMASUK GOLONGAN WAJIB KAWEN CEPAT.



Bulan lepas aku telah menghambakan diri untuk menghadiri 2 majlis kawen. Bagi aku itu adalah pencapaian paling hebat dalam hidup aku sebab sepanjang hidup aku kalau ada banyak jemputan kawen aku akan hanye wat special appearance skali jek dalam sehari yakni aku akan piley mana paling best, paling dekat dan yang paling penting dimana ada jejaka2 ensem dan kaye berkeliaran. Mwahahaa..gila cilaka aku nih.1st wedding yang aku pi nih atas ajakan bes fren aku Suhana yakni merangkap SAHABAT BAEK AKU, SOULMATE AKU, MENGENALI AKU, MEMAHAMI AKU DAN MENYOKONG AKU DARI BELAKANG UMPAMA MENOLAK BELAKANG BADAN AKU APABILA ADA JEJAKA ENSEM DI DEPAN AKU DENGAN HARAPAN JEJAKA ITU DAPAT MERANGKUL AKU DENGAN PENUH BERGAYA WTF.


Sbenarnya wedding invitation tu dari kawan si Suhana. Dan yaaa..aku langsung tiada kena mengena ngan pengantin tersebut. Tapi atas sebab yang kawen tu adalah anak Dato’ maka HARUS aku menempelkan diri dikhalayak golongan sebegitu demi jodoh aku.Yaaa…demi untuk mendirikan masjid, demi pahala, demi agama.Setelah menempekkan muke dengan mekap sesedap rase dan memakai baju kurung se-hot yang mungkin, hasilnya adalah............................................................

Wedding itu berlangsung pada hari sabtu 27 June 2009 bersamaan dengan 4 Rejab 1430 Hijrah yakni MINGGU LAGI SATU LA HANTU! DENGAN MEKAP TEBAL AKU NI, DENGAN BAJU BAJET HOT AKU NI, SIAP TEPACAK DEPAN DEWAN NI, KAU BARU SEDAR YANG WEDDING TU MINGGU DEPAN? KENAPA…KENAPAAA..???

Semangat aku dah HILANG…GONE…DEAD…MEIYOU…NADA…YILLEKK.


2nd wedding lak bukan atas kerelaan aku. Iskkk.. tak baik pulak aku wat statement nih. Naseb baik mak aku takde Facebook. Hahaha. Okayla, wedding nie anak sepupu aku kawen. Diorang wat event malam so memang sempat sangatla aku pi wedding tu. Yang peginye cume aku & mak aku je.Patutnya adik aku si Shikin pun join semangkok tapi akibat masalah negara yang melanda sampai jiwe kacaunye tak tertanggung malah turut jua tertonggeng gara2 seorang lelaki bangsat dan dia tak dapat memeriahkan suasana. Sbenarnya akibat masalah negara si Shikin itu jua lah, aku turut mengalami sindrom tertonggeng itu terlebih dahulu, kerana Shikinlah aku tak dapat pi Pesta Malam Indonesia. DEWA, PADI,GIGI ANDRA & THE BACKBONE..maafin gue. Gue enggak dpt meliat performance kamuk.Uhuhuhuu...~ Jangan coba tanya kenape, nanti aku sms ON PENAMPOR kat korang kang....


2nd wedding nila yang wat aku paling sentap. Mane taknye. Asal salam je,

“BILE NAK KAWEN ANAK DARA SORANG NI?”


“AKU DA ADE ANAK 3 KAU PULAK TAK KAWEN2 LAGI”


“UMUR DAH BRAPE? JANGANLA MEMILIH SANGAT”


“AKU TAU TEMPAT BEST NAK BAWAK KAU MANDI BUNGA”

Tssskk...T_T.


Wahhh..ingat bende kawen nie senang ke? Ingat nak cari lelaki yang rajin solat semudah petik jari ke? Tapi kalo ko petik jari di tengah2 khalayak lelaki baru balik Solat Jumaat tu kire disqualified okay. Ko ingat nak wat kenduri kawen nie semudah makan cendol ke? Nak buat cendol pon susah ko tahu tak? Nak kena parut kelapa lagi, perah santan lagi, masak air gula lagi, tapis cendol lagi, haihhhh…..~


Tapi kan, aku ade satu Kisah Benar. Serius tak tipu. Kalo tak caye tanye Shikin. Pehhh..skali aku citer kat blog nie bai..hamek kau.

Nie taun lepas punye citer nih. Hari tu hari Ahad, Biasala petang2 melepak sambil tengok tv. Kebetulan petang tu ada sedara belah mak aku datang ziarah. Aku? Macam biasalah kalo sedara mara datang pas salam2 buat air pastu layan tv balik. Nak2 pulak sedara aku tu aku tak brape kenal. Dorang duk kat hall depan, aku lak duk layan tv ngan anak buah aku kat hall tengah. Sedar2 jek sedara aku tu pun nak balik. Lepas ilang je kete dorang dari pandangan, mak aku tepuk belakang aku ngan kuat. “Nape tadi kamu gelak mengilai2? Tahu tak tadi orang tu datang nak merisik, langsung dia dah tak berkenan kat kamu!”


Dan2 aku flashback. Yaaa…tadi aku memang gelak kuat. Serius gile punya kuat.


Masalahnye..............




CITER GURU BADUL TU MEMANG SUMPAH LAWAK GILA.





Tapi manela aku tau mase tu dorang nak merisik aku?Nie sume Badul punye pasal. Kalo tak agaknye skang aku dok sebok memintal bunga telut....=,(

Tuesday, August 4, 2009

OPPSS TERLEBIH SUDAH KAU BAH!



Penatnya minggu lepas uollsss...sampaikan aku ada rasa macam nak termeninggal dibuatnya uolsss...


Minggu lepas aku arrange trip pergi ke Kota Kinabalu, Sabah dengan rakan2 seperjuangan kertu aku. Huhu. Jodol glamournya ROMBONGAN CIK KIAH & DA KERTU'S KE KOTA KINABALU gitteww. Cik Kiahnya siapa lagi kalau bukan ahkak kau yang hot & gojes neh wahai deknon2 sume. Sebagai ketua pelancong yang gila glamour serta gila kuasa, aku telah meng"arrange" semua schedule dengan begitu ketat sekali. DIULANGI dengan BEGITU KETAT SEKALI umpama kau memakai seluar jeans kecik yang ketat lalu kau terpaksa memakai plastik merah di ujung kaki kau supaya senang kau nak menyarungkan seluar jeans kau ittew lantas kau sangat sukar nak bernafas tetapi kau amat gembira dengan penampilan kau ittew. Oh! sunggoh deep skali pemikiran aku. Maaf. Akibat teruja keterlaluan telah mengakibatkan karangan sedikit terpesong. Tsskkk...T_T



(Adakah kerana lelaki2 diluar sana tiada yang se- standard dengan kau lalu kau terpakse bercinta sesama jenis?? OHHH!!!)



Akibat begitu gigih mengaturkan jadual yang sangat padat & sempit ittew hinggakan ada ahli rombongan komplen nak buang ayaq besaq pun aku bagi limit 30 saat je uollss..Awasss..

Hey! masa ittew emas okay!






Berbekalkan wajah pan asian aku yang ala2 Pengako Sa Yo Filipinos yang tak siap ittew aku telah berjaya meyakinkan para2 pemandu teksi sapu untuk membawa kitorang ke merata KK dengan harga yang begitu ekonomi skali uollss. SYABASS INSPEKTOR SHAHAB!! I LUV U!! Jerit ahli2 rombongan Cik Kiah kerana mengagumi skill menggoda aku ittew.

OKAY SILA MUNTAH SEKARANG.









(Orang lain bagai nak rak beli gelang rantai kristal, keychain, ikan masin bagai tapi aku beli akuarium uollsss! Diulangi pergi Sabah beli akuarium uollsssss..!! Kellasss kau bah! Teros aku letak atas meja opis aku okay.)






Pendek kata rombongan Cik Kiah & Da Kertu's ke KK begitu suksess skali uollss!!


Suka ahkak sukaaaa...!!









Namun disebalik kegembiraan ittew terselit jua kedukaan serta kepiluan terhadap diri aku wahai deknon2 sume. Alkisahnya sementelah aku sampai jek di depan rumah, baru jek sesaat dua menayangkan muka yang gojes ini di depan pintu, mak aku telah melaser aku hinggakan aku rase amat tergores & terluka hati uollssss.. Mak aku tak bagi masuk rumah uollss!! Mak aku takut aku akan membawa virus H1N1 uollss!! Alangkah pilewnya hati aku hanya Allah ajew yang taww..Oh! T_T





Tapi aku seorang yang berfikiran positif uollss. Aku mengerti ape motip yang ingin disampaikan oleh mak aku ittew. Aku redho uollss. Ujung2 aku terus kuarantinkan diri sendiri dalam bilik uollss. Sungguh kepam sekali keadaan aku 2-3 hari menguarantinkan diri ketike ittew. Oh!




(Aku takmo dilabel anak durhaka ye deknon2 ku. Yang penting aku takmo dipanah petir uollssss!!)


Esoknya aku tetap gigih pergi bekerja walaupun ahli2 rombongan aku masih terbongkang diulit mimpi sebab amik cuti extra. Tetapi tidak pula bagi aku wahai deknon2 sume. Demi sesuap nasik serta sebutir beras bersamaan dengan setitik peluh petani (eh..tetiba terselit iklan beras) aku tetap tabah menjalankan kerja aku seperti biasa walau hakekatnya siriyes aku rasa macam nak merangkak dari lif menuju ke meja kerja aku sebagai tanda penat bagai nk gila motipnya aksi terlampau tersebut.




Setelah 2 hari berturut2 terkangkang kiak, betis2 tersimpul biawak, keguguran dirambut dan berbuih dimulut (hey! it rhymes!) akhirnya dapat gak aku menyetelkan report yang sungguh meng AZAB kan ittew uollsss. TAKBIRRRR.......!!!









(Balik rumah terus PENGSAN UOLLSSSSSSS...!!!!!!!!)