Aku gembira dengan apa pun ujian yang Allah beri.
Aku gembira dengan siapa diri aku sekarang.
Aku gembira bila arwah abah sempat melihat aku berjaya mendapatkan segulung diploma walaupun hanya setahun sahaja dia tidak sempat melihat aku menggenggam Ijazah.
Aku gembira dapat tinggal bersama keluarga di Kelana Jaya.
Aku gembira dapat membeli kereta atas usaha sendiri.
Aku gembira ternampak senyuman Wan Mariam Arissa buat pertama kali.
Aku gembira bile tengah karaoke & budak waiter berumur 17 tahun tiba-tiba mintak nombor tlepon. Tssskk...(T_T)
Aku gembira pernah jatuh cinta. Walaupun aku dipijak-pijak & dibuang macam sampah.
Aku gembira untuk orang. Aku gembira untuk sahabat karib aku Suhana telah menyambut hari jadinya smalam, Aku gembira untuk Ayie & Lissa yang berkahwin hujung minggu ini.
Aku gembira akan dapat berjumpa kawan-kawan kolej/universiti aku semula.
Aku gembira bile tahu penyanyi Waheeda punca keruntuhan rumah tangga Ustaz Akhil Hayy sebab Waheeda tu bagi aku sangat annoying & fake dan lagipun sesuai sangatla tu sebab ustaz tu pun memang sama gatal.
Aku gembira bila aku terkiak-kiak bekerja & kadang-kadang buat-buat terkiak-kiak supaya nampak macam rajin padahal sakan bermain ym sedangkan dekat luar sana ramai yang kena buang kerja & mengabehkan karan elektrik mak bapak.
Aku gembira untuk semua pahit.
Aku gembira untuk semua yang perit.
Aku gembira kau asyik buat aku begini.
Aku gembira bila kau berlagak terlalu mahal untuk dimiliki.
Aku gembira bila kau bercerita tentang apa yang kau mahu dan yang kau mahu itu jauh sekali dari diri aku.
Bongok kau jual mahal!
Yaaa, aku gembira.
1 comment:
gembire ek?? boleh la kalau awak seekor lipan awak gembira tak ek?? hehehehehe..........
Post a Comment