Tuesday, August 4, 2009

OPPSS TERLEBIH SUDAH KAU BAH!



Penatnya minggu lepas uollsss...sampaikan aku ada rasa macam nak termeninggal dibuatnya uolsss...


Minggu lepas aku arrange trip pergi ke Kota Kinabalu, Sabah dengan rakan2 seperjuangan kertu aku. Huhu. Jodol glamournya ROMBONGAN CIK KIAH & DA KERTU'S KE KOTA KINABALU gitteww. Cik Kiahnya siapa lagi kalau bukan ahkak kau yang hot & gojes neh wahai deknon2 sume. Sebagai ketua pelancong yang gila glamour serta gila kuasa, aku telah meng"arrange" semua schedule dengan begitu ketat sekali. DIULANGI dengan BEGITU KETAT SEKALI umpama kau memakai seluar jeans kecik yang ketat lalu kau terpaksa memakai plastik merah di ujung kaki kau supaya senang kau nak menyarungkan seluar jeans kau ittew lantas kau sangat sukar nak bernafas tetapi kau amat gembira dengan penampilan kau ittew. Oh! sunggoh deep skali pemikiran aku. Maaf. Akibat teruja keterlaluan telah mengakibatkan karangan sedikit terpesong. Tsskkk...T_T



(Adakah kerana lelaki2 diluar sana tiada yang se- standard dengan kau lalu kau terpakse bercinta sesama jenis?? OHHH!!!)



Akibat begitu gigih mengaturkan jadual yang sangat padat & sempit ittew hinggakan ada ahli rombongan komplen nak buang ayaq besaq pun aku bagi limit 30 saat je uollss..Awasss..

Hey! masa ittew emas okay!






Berbekalkan wajah pan asian aku yang ala2 Pengako Sa Yo Filipinos yang tak siap ittew aku telah berjaya meyakinkan para2 pemandu teksi sapu untuk membawa kitorang ke merata KK dengan harga yang begitu ekonomi skali uollss. SYABASS INSPEKTOR SHAHAB!! I LUV U!! Jerit ahli2 rombongan Cik Kiah kerana mengagumi skill menggoda aku ittew.

OKAY SILA MUNTAH SEKARANG.









(Orang lain bagai nak rak beli gelang rantai kristal, keychain, ikan masin bagai tapi aku beli akuarium uollsss! Diulangi pergi Sabah beli akuarium uollsssss..!! Kellasss kau bah! Teros aku letak atas meja opis aku okay.)






Pendek kata rombongan Cik Kiah & Da Kertu's ke KK begitu suksess skali uollss!!


Suka ahkak sukaaaa...!!









Namun disebalik kegembiraan ittew terselit jua kedukaan serta kepiluan terhadap diri aku wahai deknon2 sume. Alkisahnya sementelah aku sampai jek di depan rumah, baru jek sesaat dua menayangkan muka yang gojes ini di depan pintu, mak aku telah melaser aku hinggakan aku rase amat tergores & terluka hati uollssss.. Mak aku tak bagi masuk rumah uollss!! Mak aku takut aku akan membawa virus H1N1 uollss!! Alangkah pilewnya hati aku hanya Allah ajew yang taww..Oh! T_T





Tapi aku seorang yang berfikiran positif uollss. Aku mengerti ape motip yang ingin disampaikan oleh mak aku ittew. Aku redho uollss. Ujung2 aku terus kuarantinkan diri sendiri dalam bilik uollss. Sungguh kepam sekali keadaan aku 2-3 hari menguarantinkan diri ketike ittew. Oh!




(Aku takmo dilabel anak durhaka ye deknon2 ku. Yang penting aku takmo dipanah petir uollssss!!)


Esoknya aku tetap gigih pergi bekerja walaupun ahli2 rombongan aku masih terbongkang diulit mimpi sebab amik cuti extra. Tetapi tidak pula bagi aku wahai deknon2 sume. Demi sesuap nasik serta sebutir beras bersamaan dengan setitik peluh petani (eh..tetiba terselit iklan beras) aku tetap tabah menjalankan kerja aku seperti biasa walau hakekatnya siriyes aku rasa macam nak merangkak dari lif menuju ke meja kerja aku sebagai tanda penat bagai nk gila motipnya aksi terlampau tersebut.




Setelah 2 hari berturut2 terkangkang kiak, betis2 tersimpul biawak, keguguran dirambut dan berbuih dimulut (hey! it rhymes!) akhirnya dapat gak aku menyetelkan report yang sungguh meng AZAB kan ittew uollsss. TAKBIRRRR.......!!!









(Balik rumah terus PENGSAN UOLLSSSSSSS...!!!!!!!!)

3 comments:

xtopak said...

gambar aski ratu lompat otw.. jsut check ur email later. ;)

xtopak said...

RALAT EJAAN:

*aksi

*just

Fabulous Suyunn..~ said...

Yeyeh! santekknyaaa gamba aku melompat ittew! X sabaanyaa nk dpt CD compilation tu doh! =)))