Thursday, April 15, 2010

KITA BOLEH BAHAGIA JIKA ITU YANG KITA MAHU.

Aku rasa korang semua dah nyampah dan boring dengan prangai aku yang tak habis-habis dok bercerita tentang perihal masa lampau. Kehidupan. Cinta. Kecewa. Aku banyak mengomel tentang perkara yang di belakang, kan?Mungkin itulah sebab utama kenapa aku rasa diri aku tidak berapa berjaya dalam hubungan berbanding dengan majoriti korang diluar sana. Kalau ikutkan patutnya aku dah ada anak 3 motipnya. Tapi yelah kita manusia hanya mampu merancang, tapi semua yang berlaku hanya Allah sahaja yang berhak menentukan.

Sila bersedia dengan plastik sampah ditangan untuk muntah darah pada bila-bila masadaaaariii skaraannggg…~

Aku pernah bercinta. Banyak kali. Tapi bukan banyak macam bohsia plak okay. Tapi dengan DIA aku BENAR-BENAR JATUH CINTA buat PERTAMA kali. Bukan aku yang tergedik-gedik. Jauh sekali untuk mengorat dia. Ape kelas. Aku pun ade taste okay. Tapi akibat mulut manis dia yang keterlaluan dan caranya yang amat pandai mengambil hati tu membuatkan aku rasa tak pernah ada lelaki yang amat memahami diri aku yang sengal nie. Kami punya chemistry yang amat kuat. Kami melengkapi antara satu sama lain. Dia garang aku pelembut, dia pemarah aku penyedih, dia suka wat lawak bodoh aku suka wat lawak bangang, dia gatal aku setia, dia hodoh aku chantek. Chantek ker aku uollsss?? (%$#%&*&$) Pelik kan? Tapi tu normal la uollss…Girls like Bad Boys. They are more attractive. That’ s a FACT.

Selepas beberapa tahun yang bagi aku bahagia macam 1000 tahun lamanya, blakang aku kena dumped dengan dia yang dulu terhegeh-hegeh nak kat aku. Yang aku tahu, dia skarang curang buat ke sejuta kali. Haihh..Macamlah aku peduli. Bastard. Fucking Bastard. Ntah-ntah dia dah kahwin dah sekarang. So, berbahagialah dia dengan anak dan isterinya.Lantaklah. I got no issue what so ever dengan dia. Go to hell. End.

Itulah, dia, cinta buta dalam hidup aku. Sumpah orang buta pun boleh geleng kepala bila dengar cerita cinta bladi faking aku nih. Aku masa tu sangat naif. Jauh aku fikirkan tentang masa depan aku dengan dia. Sangat jauh. Aku pun tidak faham kenapa aku sangat bodoh dan optimis tak tentu pasal. Masa tu bagi aku, dia adalah yang bukan pertama (hahah) tapi yang terakhir. Tiada dua. Tiada tiga. Tiada lapan. Hanya satu. Demi Tuhan ketika itu aku tak dapat bayangkan hidup dengan orang lain selain dari dia. Ya, sampai begitu sekali. (Pengsan skejap dengan statement sendiri).

Itulah jawapan kepada kenapa aku masih single selama 1 tahun (WHAT???!! OMG LOSER GILA). Bila skang baru sedar nak menginjak ke zaman emas, ketika selepas berjalan jauh bila balik umah sapu minyak urut dekat lutut dan pinggang akibat lenguh2, bila asek terperanjat tengok cermin nampak org tua kedut seribu, baru aku sedar. Aku ada masalah. Masalah yang menghadiahkan aku sebuah saiz impak dan kesan yang maha besar dalam hidup aku. Kesan yang aku akan heret sampai mati. Sejak dari kecil, aku ada masalah untuk 'letting go'. Tak kiralah ianya tentang perihal romantis atau persahabatan. Atau mainan sekalipun. Tapi bila aku dah tak suka aku akan pantas melupakan. Aku ada masalah untuk lepaskan perkara yang sepatutnya aku lepaskan.Dulu aku sangat suka menoleh ke belakang. Itu pe’el yang kononnya sebati dengan diri sejak dari dulu. Bila muka mulut, aku cenderung untuk bermulut jahat . Malahan blog yang aku ada, banyak berbicara tentang ketidakpuashatian aku terhadap apa yang dia buat pada aku. (Skarang dah banyak entri dah delete. Tak dapat nak jekk..)

Dulu aku fikir aku sangat sayangkan dia. Aku susah nak lupakan dia. Tapi aku silap. Sayang itu bagi aku, akan hilang dimamah masa. Ianya tidak akan sama. Matematiknya bukan begitu. Apa sebenarnya yang terbuku dalam hati aku selama 1 tahun itu adalah rasa tidak puas hati. Aku tak puas hati dengan jawapan dia berikan pada aku ketika mahu meruntuhkan satu ikatan yang bagi aku sangat aku sayang. Aku tak puas hati sebab diperlakukan seperti sampah. Kerana dia membohongi aku dan curang pada hubungan kami. Aku tak puas hati sebab aku seorang sahaja yang kecewa memakan diri sedangkan perempuan lain sedang bergelak ketawa dalam pelukan dia. Aku tak puas hati sebab dia tidak hormatkan aku. Aku sangat tidak puas hati.
Tapi, apa sebenarnya yang ingin aku puaskan? Puaskan hati sendiri? Puaskah aku jika aku dapat membalas stiap detik kecewa aku dengan memakinya berkali-kali? Begitu?

Kenapa aku biarkan diri aku terhenti pada satu titik sedangkan dia laju mara ke depan? Kenapa aku seksa diri aku sendiri pada tempoh itu? Untuk apa?

Bila umur sudah hendak masuk waktu maghrib ni, bila ulang tahun hari jadi aku makin hampir ni, baru aku sedar...
Sebenarnya...
Aku sedar...
Aku hampir-hampir berjaya...
Sudah lama aku lepaskan dia. Cuma aku sendiri yang tidak sedar.
Kita boleh bahagia jika itu yang kita mahu.
Betul tak?

No comments: