Thursday, April 15, 2010

KITA BOLEH BAHAGIA JIKA ITU YANG KITA MAHU.

Aku rasa korang semua dah nyampah dan boring dengan prangai aku yang tak habis-habis dok bercerita tentang perihal masa lampau. Kehidupan. Cinta. Kecewa. Aku banyak mengomel tentang perkara yang di belakang, kan?Mungkin itulah sebab utama kenapa aku rasa diri aku tidak berapa berjaya dalam hubungan berbanding dengan majoriti korang diluar sana. Kalau ikutkan patutnya aku dah ada anak 3 motipnya. Tapi yelah kita manusia hanya mampu merancang, tapi semua yang berlaku hanya Allah sahaja yang berhak menentukan.

Sila bersedia dengan plastik sampah ditangan untuk muntah darah pada bila-bila masadaaaariii skaraannggg…~

Aku pernah bercinta. Banyak kali. Tapi bukan banyak macam bohsia plak okay. Tapi dengan DIA aku BENAR-BENAR JATUH CINTA buat PERTAMA kali. Bukan aku yang tergedik-gedik. Jauh sekali untuk mengorat dia. Ape kelas. Aku pun ade taste okay. Tapi akibat mulut manis dia yang keterlaluan dan caranya yang amat pandai mengambil hati tu membuatkan aku rasa tak pernah ada lelaki yang amat memahami diri aku yang sengal nie. Kami punya chemistry yang amat kuat. Kami melengkapi antara satu sama lain. Dia garang aku pelembut, dia pemarah aku penyedih, dia suka wat lawak bodoh aku suka wat lawak bangang, dia gatal aku setia, dia hodoh aku chantek. Chantek ker aku uollsss?? (%$#%&*&$) Pelik kan? Tapi tu normal la uollss…Girls like Bad Boys. They are more attractive. That’ s a FACT.

Selepas beberapa tahun yang bagi aku bahagia macam 1000 tahun lamanya, blakang aku kena dumped dengan dia yang dulu terhegeh-hegeh nak kat aku. Yang aku tahu, dia skarang curang buat ke sejuta kali. Haihh..Macamlah aku peduli. Bastard. Fucking Bastard. Ntah-ntah dia dah kahwin dah sekarang. So, berbahagialah dia dengan anak dan isterinya.Lantaklah. I got no issue what so ever dengan dia. Go to hell. End.

Itulah, dia, cinta buta dalam hidup aku. Sumpah orang buta pun boleh geleng kepala bila dengar cerita cinta bladi faking aku nih. Aku masa tu sangat naif. Jauh aku fikirkan tentang masa depan aku dengan dia. Sangat jauh. Aku pun tidak faham kenapa aku sangat bodoh dan optimis tak tentu pasal. Masa tu bagi aku, dia adalah yang bukan pertama (hahah) tapi yang terakhir. Tiada dua. Tiada tiga. Tiada lapan. Hanya satu. Demi Tuhan ketika itu aku tak dapat bayangkan hidup dengan orang lain selain dari dia. Ya, sampai begitu sekali. (Pengsan skejap dengan statement sendiri).

Itulah jawapan kepada kenapa aku masih single selama 1 tahun (WHAT???!! OMG LOSER GILA). Bila skang baru sedar nak menginjak ke zaman emas, ketika selepas berjalan jauh bila balik umah sapu minyak urut dekat lutut dan pinggang akibat lenguh2, bila asek terperanjat tengok cermin nampak org tua kedut seribu, baru aku sedar. Aku ada masalah. Masalah yang menghadiahkan aku sebuah saiz impak dan kesan yang maha besar dalam hidup aku. Kesan yang aku akan heret sampai mati. Sejak dari kecil, aku ada masalah untuk 'letting go'. Tak kiralah ianya tentang perihal romantis atau persahabatan. Atau mainan sekalipun. Tapi bila aku dah tak suka aku akan pantas melupakan. Aku ada masalah untuk lepaskan perkara yang sepatutnya aku lepaskan.Dulu aku sangat suka menoleh ke belakang. Itu pe’el yang kononnya sebati dengan diri sejak dari dulu. Bila muka mulut, aku cenderung untuk bermulut jahat . Malahan blog yang aku ada, banyak berbicara tentang ketidakpuashatian aku terhadap apa yang dia buat pada aku. (Skarang dah banyak entri dah delete. Tak dapat nak jekk..)

Dulu aku fikir aku sangat sayangkan dia. Aku susah nak lupakan dia. Tapi aku silap. Sayang itu bagi aku, akan hilang dimamah masa. Ianya tidak akan sama. Matematiknya bukan begitu. Apa sebenarnya yang terbuku dalam hati aku selama 1 tahun itu adalah rasa tidak puas hati. Aku tak puas hati dengan jawapan dia berikan pada aku ketika mahu meruntuhkan satu ikatan yang bagi aku sangat aku sayang. Aku tak puas hati sebab diperlakukan seperti sampah. Kerana dia membohongi aku dan curang pada hubungan kami. Aku tak puas hati sebab aku seorang sahaja yang kecewa memakan diri sedangkan perempuan lain sedang bergelak ketawa dalam pelukan dia. Aku tak puas hati sebab dia tidak hormatkan aku. Aku sangat tidak puas hati.
Tapi, apa sebenarnya yang ingin aku puaskan? Puaskan hati sendiri? Puaskah aku jika aku dapat membalas stiap detik kecewa aku dengan memakinya berkali-kali? Begitu?

Kenapa aku biarkan diri aku terhenti pada satu titik sedangkan dia laju mara ke depan? Kenapa aku seksa diri aku sendiri pada tempoh itu? Untuk apa?

Bila umur sudah hendak masuk waktu maghrib ni, bila ulang tahun hari jadi aku makin hampir ni, baru aku sedar...
Sebenarnya...
Aku sedar...
Aku hampir-hampir berjaya...
Sudah lama aku lepaskan dia. Cuma aku sendiri yang tidak sedar.
Kita boleh bahagia jika itu yang kita mahu.
Betul tak?

Rainbow In My Life.

Huihh..dah lama aku tak hapdet blog kan? Dah berlumut-lumut dibuatnya. kalo hapdet pun semua stok yang ciput-ciput ala-ala hapdet status kat Fesbuk gitu. Al-maklumlah wanita bekerjaya lah katakan..feeling-feeling busy bagai nak rak gittew. Kelless..

Bukan apa uollss..sejak-sejak bertukar career neh, aku dah tak ada masa nak cerita panjang berjela-jela, nak maki kaw-kaw macam biasa dalam entri-entri sebelum neh pun dah malas. Yelah..sekarang neh "Dalam Hati Ada Taman" oke. Tengah asyik-masyuk menyulam chenta, menjahit rindu, memintal buih, menyemai kaseh, mengejar pelangi dan menggapai bintang gittew. NAH HAMEK KAU SIRIYES PANJANG AYAT MUKADDIMAH AKU LETAK. Ngeh..ngeh..ngehh~

Boleh tak aku nak kata yang aku bersyukur sangat yang aku wat decision untuk keluar dari JOS, yakni company lama aku. Bukan....bukan sebab kerja kat JOS tu tak syok, tapi aku rasa sejak berpindah kerja di KL neh, semuanya jadi bertambah baik dan aku gila happy dengan kerja dan keadaan life aku sekarang.

Kerja dekat company lama memang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit buat aku. Keputusan untuk meninggalkan JOS tahun lepas adalah pilihan yang tepat dan bertukar kerja ke Citibank adalah yang terbaik buat aku pada tahun neh. Setakat inilaaa..Haha.




JOS always in my heart. =)

Sejak aku start kerja di Citibank, aku rasa life aku sangat berwarna-warni. Dengan environment yang selesa dan cantik, kerja yang memuaskan serta rakan sekerja yang gila happening membuatkan aku seronok dan bermotivasi untuk melalui hari-hari yang mendatang. Ceeewahh..ayat tak leh blah. Tapi sebenarnya ada udang disebalik mee ayat2 manes ittew. Buahaha..

Sebenarnya yang buat aku happy tu tak lain tak bukan jeng..jeng..jenggg..~

Aku telah menemui CHENTA. Si Chenta yang comel. Pada pandangan mata rosak aku neh laa. Alololohh tomel-tomel cubit kanggg...Oppss sorry aku telah hilang kawalan diri kalo dah start cerita pasal si CHENTA aku neh..Buehehee~

Si Chenta memang sangat-sangat memenuhi apa yang aku suka. Dia memenuhi hampir 80% apa yang aku inginkan berbanding lelaki lain..Cehh..bajet hot lak aku neh.Bluekk.

Kami mempunyai minat yang serupa.
Yakni MUZIK ya tuan-tuan dan puan-puan. =)

Kami juga (OMG KAMI??) err..kitorang lahir pada zodiak yang sama yakni SCORPIO. Beza harijadi kitorang 2 hari jek. Kitorang dah plan nk selebret bday sama-sama tp pada tarikh bday aku oke. Awww comel tak? comel taaakk?? Etetetete.. Sebab tulah banyak persamaan antara aku dengan si Chenta. Dia suka bergurau, sama macam aku. Dia suka bercakap, sama macam aku. Dia comel, sama macam aku. heheh.

Apa yang membuatkan aku suka adalah cara penampilan dia yang sangat simple dan comel. (Sebenarnya orang lain kata si Chenta aku nie serabut tapi bagi aku dia serabut yang comel. Especially tang janggut. Aku suka..aku sukaaa..) Orang yang kerja bank patutnya pakai smart-smart, gel sebeban kat rambut, kasut stok berkilat bagai. Tapi dia gila serabai. Haha.
Dia selalu pasang MP3 lagu indie-rock kt kat pc sampai opismate pening pale, suka bahan budak-budak opis bila boring dan nyanyi kuat-kuat dengan tiba-tiba. Gila.

He's surrounding with his cool cousins.

Tapi sebenarnya yang membuatkan dia score dengan cemerlang dalam checklist ciri-ciri yang aku suka adalah, bila aku dapat tahu senakal-nakal dia, rupanya dia sejenis yang rajin bersolat bai. Rock-rock juga tapi solat tetap menten oke. Alololooo tomel-tomelll~~~

Happy gila bila dapat tahu yang dia nak berkenalan ngan aku sejak aku masuk Citibank tu. Padahal aku department lain bai. Sempat plak dia spot aku. Muahahaa bangga..banggaaa~

Sekarang da hampir masuk pertengahan tahun dah. Relationship kitorang alhamdulillah semakin maju dan diharap makin berkembang pesat. Buahahaa..
Aku tak berani jamin ah yang hubungan nie leh sampai ke jinjang pelamin tapi aku dan dia skarang neh hanya mampu berdoa lepas solat agar relationship kitorang nie berakhir dengan baik. Insya Allah. Pelan-pelan kayuh oke!

Sekarang life aku semakin oke. Walaupun kerja tu semestinya kadangkala stress tapi still aku happy. Syukur alhamdulillah. Terima Kasih Allah kau makbulkan hampir sepenuhnya doaku. Mungkin inilah maksud sms kawan baik aku tak lama dulu. " Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan dan petir. Kita menangis dan tertanya-tanya mana matahari kita? Tapi akhirnya Allah sbenarnya nak bagi kita pelangi yang indah."

=)


With his niece. Alololohh both cute huh..