Salam Ramadhons. Apa khabar uollss? Harap2 sihat sejahteralah hendaknya ye.
Bila dah masuk minggu ke-3 dalam bulan Ramadhons nie, mulalah masing2 muka tiba2 jadi buruk. Aku tahulah uollss letih bagai nak gila bekerja di bulan Ramadhons yang molia lagi diberkati gittew tapi janganlah sampai rupa tu dah ada iras2 rupa Mak Lampir uollss.Agak2 la kann. Keji tu. Tak sessswaii okay.
Ermm..aku perasankan, start masuk jek bulan pose mulalah berlomba2 hotel2, restoran2 mempromosi hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhons nih. Patutnya bulan Ramadhons nie tujuannya untuk memperbanyakkan beribadat kepada Allah S.W.T, tapi kini dah bertukar menjadi mari memperbanyakkan mencekik-like-no-tomorrow motipnya.
Dan ketika inilah juga ramai kawan2 aku dah mula menalipon, bermeset-mesetan serta menghantar email berantai mengajak berbuka pose bersama2 @ majlis reunion bagi mengeratkan silaturrahim serta untuk bertanya khabar bak kata Aziz Desa "Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasi-serasikan". Eh.. betul ke ayat nie? Ah lantak.
Selalunya bila time situasi macam nie aku dah mula jiwa kacau. Sbenarnya aku tak suka reunion. Siiiiiiiiriyes aku tak tipu. Kalau jamuan berbuka anjuran opis, aku tadahal uollss. Tapi kalau tang reunion @ perjumpaan ngan kwn2 lama otak aku dah start jem. Otak aku dah banyak tercabut skru akibat memikirkan alasan apa lagi yang boleh aku bagi untuk mengelakkan diri dari pergi mengadap ke majlis2 macam reunion nih.
Apa ittew REUNION?
Bagi aku reunion adalah tidak lebih daripada perjumpaan yang MENGHAZABBBKAN. Kenapa?
Sebabnya ialah mase 1st time reunion dengan kawan skolah menyebabkan aku merasakan betapa haruslah aku gigih mengumpul duit bagai nak gila untuk melakukan pembedahan plastik dengan kadar segera.
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIMMMMM............~
Bukan ape nyahhh. Sume kawan2 skolah aku makin santek2 & kacak2 belaka uollss. Selama ini aku menyangkakan akulah paling tip-top & ropawan kat Kelana Jaya gittew, tapi bila dikumpulkan kesemua para2 jelitawan dimajlis reunion tersebut, serta merta aku jadi hiba & insof uollss. Kalah terok aku dibuatnya uollss. Sedihhhhhhhhhhhh....
Reunion seterusnya pulak dengan kawan2 selepas aku habis diploma. Haa..masa nilah memasing dok sebok bercerita pasal kejayaan serta kemasyhuran diri. Diorang nie sume berkerjya mantop2 uollss. Ala2 Cemerlang, Gemilang, Terbilang gittew. Ada yang jadi doktor la, jadi lecturer la, jadi engineer la, businesswoman la, kerani akaun la...eh itu akuuu...SENTAPPP!! =B
Semenjak ittewla aku makin bersemangat dodol untuk menaikkan taraf diri dengan menyambung pelajaran ke peringkat degree. Kunun2 nak blaja rajin2. Nak membanggakan family. Nak keluar universiti dengan flying colours lantas menyambar jawatan dalam kerajaan sebagai PTD.
Hmmpphh.
1st & 2nd year jek aku berkobar serta bersemangat dodol. Result pon sunggoh gojes & fabulous ketika ittew.
Masuk tahun seterusnya sampai ke final year, aku kembali ke prangai azali. Lebey terarah melakukan perkara2 lagha seperti berhibur bersama geng di karoke jamban kat Mines, berpeleseran di pasar malam Bangi, mengisi masa lapang dengan mengumpat tak tentu hala serta gigih membuat toyol di malam sebelum test.
Peringatan! Kegiatan menoyol hanya berlaku untuk test sahaja. Final exam aku suci dari segala dosa & noda okay! Eh baik aku check, kang aku ter add lecturer kat dalam Facebook aku nih. Mati aku.
Okay. takde add lecturer. Next!
Hasilnya result keseluruhan aku tidak begitu da bomb. Tapi takdela teruk sangat pun. Cumanya nak apply jawatan kerajaan sebagai PTD memang tak lepas ah. Result kena 3.5 above katanya. Impian tinggal kenangan jele jawapnya uollss. T_T tskkk...~
Tapi skarang pun aku kerja alhamdulillah bolehlah nak cari makan. Kiranya I'm on the right track to achieve my dream job katanya. Pelan2 kayuh gittew.
Skang pulak Ramadhons datang lagi. Kawan2 dah mula nak ajak reunion. Hoh! kali nie paling extreme. Sebabnya memasing dah ada pasangan, dah kawen, dah ada anak. Aku pulak baru jek kembali menyingle malah paling bes, kertu pulak tu. Bagaimana ittew. Boleh bayangkan tak betapa hazabbnya nak menghadapi soklan2 cepumas/puaka dikala reunion ittew nanti?
"Biar betul ko takde bf? Ke ko tipu je nie yunn..."
"Bila ko nak kawen? jangan ler memilih sangat"
"Kau tahu tak yunn, besar pahalanya kalo ko dirikan masjid."
"Aku tau mane tempat bes untuk ko mandi bunga" <----Ini adalah soklan lazim ye wahai kawan2.
Dengan ittew untuk mengelakkan diri dari jiwa terluka dan dihantui duka nestapa makanya aku decide untuk mengeksklusifkan diri aku dari tatapan orang ramai dan mengehadkan kemunculan aku secara live dikalangan kawan2 lama.
Hahaha! Gila pathetic aku ni kann??
Tapi alasan sebenarnya yang wat aku betul2 malas nak pi majlis reunion adalah kerana aku ingin memperbanyakkan pahala dengan beribadat di bulan Ramadhons Al_Mubarak yang molia ini.
Gila kau. Bukan selalu dapat Solat Terawikh doh.
MOTIPPPPPP...?????
=p
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment